Pages

Elegant Rose - Move

Monday 14 July 2014

Hmm nervous laa

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan kareem.. Ahamdulillah dah masuk setengah ramadhan kite berpuasa.. Hari ni genap 16 Ramadhan.. syukran syukran

Tak lame dah nak raye.. baju raya dah siap? tema warna apa kali ni?hihi ape2 pun sentiasa bersederhana dalam meraikan hari yang mulia ini.. 

Sambil layan lagu Biar dari Fynn Jamal ni, hmm sayu rasa hati.. Tiba-tiba datang idea mood bagai nak update blog.. Duhai hati..hmm rasa kosong la pulak.. senyuman sentiasa terukir tetapi jauh di sudut hati memang rasa kekosongan yang amat.. 


Jika suatu masa dahulu ianya pernah diisi dengan rapi, dijaga dengan baik sekali tetapi sayang bukan takdirNya, hati yang kecil ini bukan miliknya.. Tapi bukan tu yg nak di"highlight" dalam entry kali ni.. Biarlah aku sentiasa menunggu seseorang datang mengisi kekosongan hati ni dengan penuh rasa keimanan dan kecintaan kepada Yang Maha Esa melebihi segalanya..


Tengok pada entry macam santai je, tapi mukaddimah perghh macam scary pulakk.. Haii, banyak sangat kot cabang2 dalam kepala ni..sume nak luah dalam satu masa.. Sebenarnya aku teringat minggu lepas ade buat usrah Raudhatul Jannah bersama rakan-rakan usrah di Ashriq Cafe.. one of the best cafe yg you guys boleh pilih untuk moreh sambil santai kongsi cerita..memang best view and nyaman suasana cafe tu..


Our nuqabah on that day meminta kami untuk buat satu aktiviti yg berbentuk mengenali diri dan mengenali sahabat2 sekeliling anda.. sound interesting!! kiteorg perlu tulis dalam bentuk simple note macam tu about ourselves simple yang mungkin..Apa yang menarik lagi, dalam simple note tu kiteorg tak boleh tulis dengan tulisan yang biasa kite gune tau..means senang la nanti sahabat2 nak teka biodata sape if tulisan kite tak tukar kan..


Okay, bile dah selesai one by one kena ambik satu kertas yang digulung secara rawak dan teka that simple note tu sape yang punya.. Haa, part ni aku tak suke sangat sebab memang failed bab2 teka orang ni..selalu kalau teka memang tersasar.. Bukan pe takut jugak kan salah2 teka orang ni bleh buat orang yang diteka tu kecil hati ke ape ke.. ehh banyak pulak ke, ke kauu!!


Kisahnya aku dapat biodata kawan aku sendiri but aku tak tau siapa yang sebenar!! siyusly macam split personality la plak kan member2 aku ni..haishh.. Teka punya teka, tau la sapa kan!!


Hehe btw, banyak impak yang aku dapat dari fun game ni kan sebab die macam santai but at the same time kite berpeluang untuk kenal antara satu dengan yg lain.. Oh ye, dalam simple note pasal diri kita tu ade la kiteorg kene tulis pasal kekurangan diri.. And i dun know why ape yg terlintas dlm pikiran aku mase itu is "Kurang yakin pada diri sendiri" Yess, absolutely!!


Syahindah Marzuki kurang yakin pada diri sendiri?? yess, itulah kebenaran yang nyata.. Macam mane ea nak explain sbb yg ni pun tak confident..heheww.. Okay dulu mase aku sekolah rendah n menengah aku banyak involved dalam competition macam syarahan, pidato, pantun, sajak and bahas.. (eleh, nak cakap kau hebat la tu!!)


Tapi bile dah masuk maktab ni tak tau la tiba2 rasa keyakinan pada diri sendiri tu tiap hari makin berkurangan.. contoh yang jelas, bila dalam kelas kalau ade yg aku tak paham and aku rase macam tak logik bile pensyarah bagi talk, aku jadi tak confident nak tanya atau nak bagi opinion sendiri kan.. Tak cukup dengan tu aku jadi tak confident bila bersosial dengan kawan2 sekeliling.. Yang ni pulak dari sedi nak bersuara atau nak bergurau.. eleh, tu pun tak confident! well, its true!


Sebab tu la kadang2 orang tengok aku ni eh macam pendiam je budak kecik ni.. Memang la sebab aku ni tak yakin sangat pada diri.. Hmm nervous la..haa tu yang selalu duk main dalam kepala ni.. padahal banyak sangat benda yang nak diluah, nak dicerita..


Tapi istimewanya pulak kekurangan aku ni dapat ditutup bila aku bersama dengan orang2 yang mampu buat aku berasa selesa dan yakin untuk bersuara..Haa, orang macam ni jarang2 je ditemui.. Tapi takpela orang cakap manusia ni tak sempurna..


Apa yang penting, sekarang aku berusaha dan cuba untuk meyakinkan diri aku sendiri dahulu bahawa aku juga manusia biasa..buat silap.. Then selepas dah yakin pada diri sendiri, barula boleh yakinkan orang lain tentang diri aku ni.. Am i right?




Keep calm and be yourself! Assalamualaikum :)




 

Template by BloggerCandy.com