Pages

Elegant Rose - Move

Friday 27 February 2015

Cikgu kecik, suara pun kecik

Assalamualaikum....

Pes of all, rindu sangat blog titeww ni muahhh muahhh banyak kali ahh.. Lama sangat x date, sejak buat2 buzy memanjang ni.. awal2 tahun dan awal2 bulan ni suka buat aktiviti sukan kan.. muka aku dh macam makhluk hitam terkinja kinja di tengah padang tengah hari terik!

Kali ni nak share pasal profesion aku laa.. Correction, profession to be okay!! dalam proses teacher in the making ni banyak bende nak kene belajar serentak.. waduh2 pening.. well, to be a teacher, there's a lot of things u must know!

Sedar tak sedar lagi setahun lebih cket je lagi nak habis! Dah 4 tahun duk pergi kuliah, buat micro teaching, buat assignment (laa sangat), duk gossip, makan2 berjemaah bersama warga asrama, lepak sambil minum air tea beng madu, eh? Masa tu cepat sangat, dulu duk merungut lambatt aku nak habis belajar ni.. sekarang mulaa la nak buat2 rindu dgn sume bende tu.. manusia!

Aku ingat lagi kelas sejarah beberapa hari yang lepas, turn aku buat perbentangan lecturer tegur..

Encik R : Syahindah, awak boleh kuatkan lagi suara?
Syahindah ngok ngek : Okay, saya cuba encik! (keluar kelas, pedih tekak!)

 Nasib bek ade mikrofon, kalu tak audience tak dengar!

Act, dh bnyk lect tegur but still this gonna be my biggest problem in my future! Besar tu skop future kot.. HAHA.. Penah x dengar org ckp suara tu aset penting utk jadi ckgu bukan penyanyi je tau. Suara cikgu kene kuat, lantang, besar dan jelas!

Masalah aku, suara tak berapa nak kuat.. dah cuba but still tak kuat.. macam terkepit kepit.. Ade bende kite bleh usaha kan, ade bende tu dah jadi hakikat takdir macam tu.. Terpikir jugak macam mana la nanti praktikum bulan 4! suara tu kalau tak kuat macam mana murid nak dengar, nak paham apa yang kita ajar!

So, aku nak minta jasa jasa baik siapa yang sudi tolongla aku.. Tapi bile dibuat siasatan dengan lebih terperinci bile aku nebes, suara aku malu malu kucing nak keluar bile tak paksa boleh pulak kuat! Mungkin rasa berdebar debar tu perlu dihakis dikikis..

Bile ade depan audience, sape x nebes memang bukan manusia! So, aku cuba untuk berlatih kuatkan suara dengan menghilangkan rasa nebes rase gementar tuu.. Jangan pulak nanti orang cakap dhla ckgu kecik, suara pun kecik!

Jumpe lagi!

2 comments:

GRADE 11 said...

chaiyok indah!
hehe.

selamat berpraktikum cikgu comel!

Unknown said...

huhu.. suara indah sloww la fateh!! wish me luck nanti praktikum!

Selamat Berpraktikum jgk fateh comell ;)

 

Template by BloggerCandy.com