Pages

Elegant Rose - Move

Thursday 18 October 2012

~Hari ini dalam SEJARAH ~

Assalamualaikum..

Hai semua..ade something la indah nk share ngn korang..huhu..hari ni, hari khamis bersamaan dengan 18 oktober adelah hari yg indah ase sgt bermakne la.. hari di mana buat pertama kalinya dipilih dan dilantik sebagai PKK atau spesifiknyer Penolong Ketua Kumpulan bg program ijazah perguruan bagi semester yang pertame utk next year! DAPP!

Mak ai, terkejut eden! mne x terkejutnye..even tugas sebagai seorang penolong sahaja tetapi tugas itu amatlah berat lebih2 lagi dengan keadaan kelas indah yg emmmm x sebagaimana kelas lain.. hurmm..nk kate ok mcm x, tp nk kate x ok x jgk..eheh, belit keling cket!

Tp indah percaya sgt2 yg di sebalik perlantikan ini, ade sesuatu yg Allah telah rencanakan utk hambaNya ini..td pun sudah serba sedikit susun plan dengan KK merangkap ketua kumpulan iaitu mber kelas, n member satu negeri plak tu..Emi! hehe..habislah budak2 tu bile org ganu kite yg memerintah! whoahh..haha

Perancangan utk melaksanakan pengurusan kelas bg semester hadapan sudah dirangka serba sedikit tetapi belum dilaksanakan lagi memandangkan pelbagai penambahbaikan sudah bermain2 dalam kotak fikiran ni..x sabar nk keluar! haha..

Seriusly, indah sgt terharu sbnrnyer dengan perlantikan dan pengundian yg dilakukan oleh member2 kelas tadi..terase dihargai dan diberi kepercayaan! yelah, tau jela kan, indah mmg la x berape nk tinggi..inci pun x berape nk cukup utk jadi seorang cikgu.. haha..tp kecik2 berbisa beb! kadang2 ketinggian tidak menjadi suatu ukuran kebolehan dan kemampuan seseorang individu itu :)

percayalah!!

Sebelum ini pernah la rase macam mane tanggungjawab sebagai seorang pemimpin tu..dari darjah 2 sampai darjah 6 jadi seorang pengawas sekolah dan sering dilantik menjadi ketua kumpulan bg memimpin pengawas2 yg lain.. mse sekolah menengah, dilantik menjadi pembimbing rakan sebaya sbb tulah tidak terlalu gementar! cuma perbezaannya senario serta situasi serta mentaliti persekitaran yg berubah..tp tu semua adalah sebagai satu cabaran dan satu cabang utk sentiasa melatih diri menjadi pemimpin memandangkan akan memikul tugas sebagai seorang GURU !

Setelah melihat gaya dan cara member2 kelas yg sebelum ni jadi KK dan PKK utk 3 sem, dah dapat tgkla kelebihan serta kelemahan dalam pentadbiran kelas.. mcm mane nk handle kelas lau ade problem n mcm mane nk sentiasa kekal dengan senyuman serta sentiasa berfikiran positif tidak bergantung kepada emosi semata-mata..

Hurmm, rasenyer dah cukup kot enty utk kali ini.. something yg sgt bermakne dan bernilai bg indah la.. walapun sbg PKK shje..tp tu dah cukup bermakne! tq guys 4 giving me this opportunity to carry this responsibility..

InsyaAllah indah akan sentiasa berusaha utk bagi perkhidmatan yg terbaik! wahh haha..cm iklan je..sentiasa cuba utk melatih diri menjadi yg terbaik..sme2 kita baiki kesilapan masing2..lau ade salah dan silap indah sepanjang indah bertugas sbg PKK nt, sme2lah nasihat indah k..

Semua manusia tidak sempurna, tapi sentiasalah mencari kesempurnaanNya :)

Sekiann....




2 comments:

ms. shereen said...

we do love u.gdluck syg.. :) follow aku blik :D

Unknown said...

tq 4 ur supporting :) okeh :D

 

Template by BloggerCandy.com