Pages

Elegant Rose - Move

Thursday 1 November 2012

~KAWAN @ TEMAN @ SAHABAT~ SIAPA MEREKA?

Assalamualaikum..
Selamat Pagi :)

Awal indah bangun pagi ni..xtau npe kepale ni terase berat sangat..mcm dihempap batu laa.. hmmm tujuan entry indah pagi ini xlen dan x bukan ingin meluahkan luahan hati indah yg sebenarnya buat seorang insan ini.. sesungguhnya indah tidak mampu berhadapan face to face dengan die untuk meluahkan segala isi hati kerana takut die terluke..biarlah daripada tinta ini, dia akan beroleh jawapan daripada indah..

Siapa insan yg bergelar SAHABAT buat indah? Siapa pula insan yang bergelar TEMAN buat indah? Dan siapa pula insan yang bergelar KAWAN buat indah? Tiga istilah yang hampir sama, tapi jelas ia sangat berbeza..

Persoalan bermain di minda.. jawapan itu hanye ade pade orang yang merasakan dirinya SAHABAT buat indah, jawapan itu ade pade orang yang merasakan dirinnya TEMAN buat indah dan sudah semestinya jawapan itu ade pade orang yang merasakan dirinya hanya KAWAN buat indah :)

Baiklah, kisahnya bermula begini..pada suatu masa dahulu, indah menerima dua orang kawan yang sangat akrab dengan indah..ke mane sahaje mesti bertiga.. si A suka bergelak ketawa..ade sahaje perkare yg menjadi bahan lawaknye..huhu sungguh happy go lucky la die ni..sangat selesa berkawan dengan die kerana kelemahanku tidak dipandang enteng olehnya..die merasakan semua manusia dalam dunia ini sama taraf sahaja..Yang penting, dia mendengar pendapat yang indah bagi..sangat terharu..pemikiran dia juga sangat terbuka..suka memberi pendapat, dan pendapatnya sangat bernas..citarasa juga hampir sama dengan indah..indah minat bentuk A, dia pun kadang2 minat bentuk A.. berkongsi citarasa dan minat yang sama..malah, pandangan pun kadang2 same..itulah istimewanya dia..

Si B pula seorang yang sangat cantik..sangat tinggi mengalahkan kami berdue..hehe..jujur indah katekan, sebelum ini indah tidak pernah menerima dan merasai kawan, sahabat atau teman sebagaimana dia..indah sebenarnya tidak dapat men'describe'kan dengan sebaiknya perihal si B ini..mungkin jiwa indah tidak sama sebagaimana jiwa dia..dahulu, di awal perkenalan, indah merasakan agak ok indah berkawan dengan dia ketika kami masih betige..mesti korang pelik kan dengar MASIH BERTIGA? hehe..

Ini pula kisahnya, disebabkan persahabatan yang terlalu akrab antara kami bertiga, dengan takdir Allah, berlaku la satu konflik yang menyebabkan kami bergaduh besar.. pendek kata, konflik tersebut tidaklah sebesar yang disangka..mungkin kerana kesilapan yang berulang-ulang kali dilakukan setelah dinasihati, maka masing-masing membawa haluan sendiri.. sebenarnya pergaduhan itu hanya berlaku antara Si A dan Si B, indah berada di tengah..tidak tahu, buntu serta bingung hendak menyebelahi siapa? entah bagaimana, aku cuba untuk meredakan pergolakan ini..berhari2, berminggu2, berbulan2, akhirnya hampir setahun kami bergaduh..tidak ada jalan penyelesaian.. masing-masing keras dengan ego masing2..semuanya menjadi API..tidak mahu mengalah.. Si B ade cuba untuk meminta maaf..berkali2..sampai menangis..tetapi si A mungkin sudah serik dan tidak mahu lagi mengulangi peristiwa yang sama sebab itulah perkataan AKU MAAFKAN KAMU tidak keluar dari mulutnya..

Sambung lagi... indah tidak mempunyai pilihan lain melainkan memilih untuk terus berkawan dengan si B..indah tidak tahu kenape..tetapi indah tbe2 tanpe berfikir ape pun berkawan dengan si B hampir satu semester lebih..mungkin kerana indah tahu Si A seorang yang mudah mesra dan ramai orang boleh berkawan dengannya..mungkin kerana sikap dia yg happy go lucky itu..dia mungkin akan beroleh kawan yang lebih ramai walaupun dia sedang bergaduh dengan SI A..

Tanpa berfikir panjang, indah memilih untuk berkawan dengan si B.. selama tempoh kami berkawan, entah la kenape indah merasakan diri dan jiwa indah tidak serasi dengan dia..ade setengah indah merasekan setuju dengan dia dan ade setengah indah rasekan indah tidak boleh menerima dia dengan sebaiknya..sejujurnya, indah tidak pernah jumpa seorang kawan seperti dia..tidak tahu kenape, untuk pertame kalinya indah berkawan dengan seseorang itu dengan penuh rase tidak selesa dan indah terlalu hipokrit! Dalam erti kata yang sebenar, itu bukan diri indah yang sebenarnya apabila indah berkawan dengan dia..semate2 untuk menjage hatinya.. kerana bimbang sekiranya indah tidak menjadi hipokrit, dengan siapa lagi indah mahu berkawan dan cukuplah Si A dan Si B ini sahaja yang bergaduh..indah tidak mahu terlibat lagi dengan pergaduhan..indah x suke bergaduh! Jadi, selama berkawan dengan dia.. segala2 yg dia minat, segale2 yg dia bg pendapat..indah hanya mampu berkate ye! Aku setuju dengan ko!..tulah kesilapan indah yang sangat besar indah lakukan dalam hidup ini.. iaitu SEDAPKAN HATI ORANG TANPA MENJADI DIRI SENDIRI YANG SEBENARNYA!! Ade sesetengah perkara, indah boleh ‘masuk’ dengan dia, ade sesetengah tidak..selama ini indah berkawan dengan dia dengan penuh rasa hipokrit! Ya Allah, ampunkan dosa ku kerana penuh dengan kekhilafan dan tidak ikhlas berkawan dengan dia..ya Allah kesian DIA !


Dia seorang yang sangat aktif, agresif, sukakan sesuatu yang lasak, suka memberi pendapat, sangat suka berkongsi cerita dan segala2nya hampir semua dikongsikan dengan indah..sangat TERHARU!.. kerana dia sedia untuk berkongsi suka dan duka dia dengan indah..percaya dengan indah.. ikhlas indah bgtau, yg indah sangat suke mendengar dia bercerita..begitu bersemangat..hehe..katenye barula orang tu dapat feel ape yg kite ceritakan..betul! but sejujurnya indah tidak boleh berkongsi cerita dengan dia..tidak tahu kenape! Indah rase tidak selesa dan kekok even dia sudah menganggap indah ni seperti adiknya sendiri.. mungkin sikapnya yang terlalu menganggap indah ini hampir sempurna digelar seorang teman bagi dia menyebabkan indah rase x selesa dan tidak mampu untuk berkawan serta berkongsi suka duka sebagaimana yang indah mampu berkongsi hampir segala2nya dengan si A..

Untuk pengetahuan dia, indah juga seorang manusia biasa, tidak sempurna malah tidak mampu menjadi sesempurna yang diharapkan.. kalau indah berkawan hanya berdue dengan dia, indah ase x selesa..x tahu kenape..rase tidak menjadi diri sendiri dan bertingkah laku penuh ‘covernyer’ huhu.. semua setuju! Hmmm, akhirnya sekali lagi dengan takdir Allah, kami bertiga kembali berbaik dan berkawan seperti biasa.. indah sangat gembira tidak tahu kenape tetapi dengan mendengar gelak tawa Si A, indah ase bebas! Yess, aku dapat jadi diri sendiri..aku dapat jadi seorang kawan sebagaimana biasa lagi.. kami bertiga berkawan kembali..

Sejujurnya, hari demi hari perhubungan kami menjadi hambar kembali..tidak tahu kenape..indah merasakan buat masa sekarang indah sangat selesa berkawan dengan si A..walaupun kami ada juga berselisih pendapat dan bergaduh kecil-kecilan, tapi lebih selesa berdamping dengan dia.. TAPI! Itu tidak bermakne indah tidak mahu berkawan terus dengan si B..tidak! bukan begitu!.. indah boleh berkawan dengan dengan si B..tapi, indah hanya mampu menggelarkan dirinya adelah seorang KAWAN buat indah.. indah mahu berkawan dengan dia..tidak mahu persahabatan yang selame ini terbina, rosak begitu sahaja..tidak mahu..Cuma Si B perlu paham, ade sesetengah perkare, indah boleh rase selesa dengan dia, dan ade sesetengah perkara indah tidak bersetuju dengan dia.. indah mahu di sekeliling indah, ade seorang insan yang bername KAWAN

Huh, panjang la pulak entry kali ni kan..hehe..maklum la banyak bende nak diluahkan..emm, bagi indah, si A pula adelah seorang TEMAN buat indah kerana indah lebih selesa berkongsi cerita dengan dia..pendapat pula same..minat same..hmm, mungkin lebih selesa dengan si A..sbb tu la kadang2 keluar pun same kerana tujuan kami berdue keluar itu lebih kurang same..oke sahaja kalau dengan si A ini.. tetapi si B jangan pula ambik hati dengan perhubungan kami ini kerana istilah KAWAN bagi indah ade makne tersendiri dan ade keistimewaannya tersendiri..Jangan kecewa wahai KAWAN KU..

Dan siapa pula SAHABAT indah??? Huhuhu SAHABAT terlalu besar skopnya..sahabat adelah orang yang sentiasa ade di sisi indah, ketika indah sedih, ketika indah gembira..semua itu adelah SAHABAT bagi indah..cukuplah, KELUARGA SERTA RAKAN2 ZAMAN SEKOLAH DULU menjadi SAHABAT sebenar-benarnya bagi indah.. mereka tiada galang gantinya.. tiada siapa layak menggantikan title SAHABAT yang indah berikan untuk mereka ini.. mereka la segala2nya bagi indah.. tidak semestinya sekiranya indah terlalu rapat dengan seseorang itu indah akan jadikan dia SAHABAT indah.. tidak sama sekali!..


MEREKA NI LAH SAHABAT INDAH :)

Diharap dengan entry yang begitu panjang lebar untuk kali ini dapat diterima oleh semua pihak..hehe..cm pape lak..hmm tapi jangan risau, kerana dalam hidup indah, TIDAK LENGKAP sekiranya tidak hadir insan2 yang bergelar KAWAN, TEMAN dan SAHABAT.. mereka itu adelah ANUGERAH TERINDAH dalam hidup indah yang Allah kurniakan..TERIMA KASIH ALLAH 
Sekian sahaja, babai !

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com