Pages

Elegant Rose - Move

Wednesday 22 January 2014

~Indahnya persahabatan~

Assalamualaikum.. Selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan utk kali ini menulis dan terus berkongsi bersama cerita suka dan duka..  

Okay, straight to the point, sebelum ni aku mmg ade join usrah.. What? Usrah? okay, usrah itu kalau dalam bhse melayu brmaksud keluarga.. yess! satu keluarga.. and bfore this aku ade mention yg aku akn cuba utk topup ilmu2 yg berkaitan akhirat ni.. well, Alhamdulillah for this year, i would like to be an active person in usrah.. in sha Allah..

So, nak dijadikan cerita baru2 ni my usrah group ade buat satu perubahan besar dlm merancang aktiviti2 yg sesuai.. our "nuqabah" atau ketua utk usrah kami plan utk lantik seorang ketua dan penolong bg setiap bulan.. this planning dibuat sbb last year our usrah tak la aktif sangat dan masing2 sibuk xleh bg komitmen termasuk aku..hihi..besela bile encik assignment datang, kelam kabut aku baq hang!! tak leh managed dgn baik.. :P

Utk this month, aku serta merta dilantik penolong dan suaidah yg comel kiut miut funny comel kiut miut sbg ketua..ehh terulang.. dah tu je idea aku sekarang..haha..and we discuss utk buat usrah ni dekat taman tengku anis!! kat mana? Taman tengku anis..kat mana? nah,, ambik la gmbr ni tengok..asyik tanyer soklan same je kan..


Dah dapat gambaran kat mane?? haha..hopefully gambar ni membantu anda utk buat google search kat mane kan.. well ini kami Raudhatul Jannah.. 7 orang ahli dan dua orang nuqabah yg sangat comey :)

Alhamdulillah aktiviti usrah kami pada kali ini sangat memberi satu semangat, hidayah, ilmu dan yang paling penting pertemuan kami pada kali ini mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain..ukhuwah yg terjalin, subhanallah memang terlalu indah sangat sehingga sukar digambarkan dengan kata2..

Sebelum ni memang aku akui yg aku ni memang tak berapa rapat dgn dorang ni..seriuslyy!! tapi dengan hadirnya group usrah Raudhatul Jannah ini yg bermaksud taman-taman syurga memberi satu pengalaman yg baru yg mana membuatkan aku rase di dunia ini Allah hadirkan manusia yg berbagai2 jenis attitude!! Ada yg macam ni, macam tu, macam ni..nak ulang lagi bleh? 

Dan sebelum ni jugak aku susah nk terima hakikat yg manusia ni ade mcm2 pesengg!! peseng maksudnya perangai..lame weeh dok cakak tganu..test22!!.. 


Well, biar gambar berbicara..haa, tengok dari pic ni pun kita dah dapat satu gambaran yg jelas bahawa manusia ni macam2 perangai kan.. ade yg buat love, ade yg pegang dagu, ada yg malu2 mcm aku!!

Tapi kat sini, aku paham walaupun kami definitely berbeza, but yang penting ikatan persahabatan atau ukhuwah yg terjalin itu memberi satu istilah kepada kami bahawa kita ni manusia same je wehh!! Takde beza okayyy..


Ehh, dengan kuda pun same ke?? haha well, biar gambar yg berbicara..

Aku suka mendengar kata2 ni, sampaikanlah kepadaku walaupun satu ayat.. yess!! kalau nak tunggu orang tu betul2 alim n beragama menyampaikan dakwah kepada kita, alamaknyerr sampai kiamat pun takde kan.. so, share jelah apa yang kita ketahui and at the same time kita sentiasa topup ilmu pengetahuan kita khususnya ilmu akhirat..yaa, itu baru la powerr!!

Apa yg penting, pengisian yg kami terima dalam usrah pada kali ni sgt bermanfaat.. very important as muslims.. apa itu akidah, apa itu tauhid dan apa itu kalimah syahadah.. one of the member usrah said these 3 scope boleh dianalogikan sebagai nasi, lauk-pauk dan adanya dessert.. subhanallah, aiwah sahabat!!


Haa, inila dia sahabat kita.. Ekafauziawati yg still single n not really available.. hehe terima kasih atas perkongsian yg sangat memberi makna yg jelas.. tanpa akidah iaitu pegangan, tanpa tauhid Allah dan tanpa kalimah syahadah, siapalah kita di mata Allah..


Bila hadirnya sebuah persahabatan kerana Allah yang satu, maka in sha Allah ukhuwah itu akan sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah..


Bersama kita perjuangkan ilmu Allah dan sama2 kita membimbing diri ke arah yang lebih baik kan.. sebenarnya tak suka sangat gambar mcm ni sbb nampak sangat muka aku besar!! haha.. tapi takpela, besar tu maknenyer memang cukup makan sangatlah kan..


Kadang2 menjadi yang biasa itu lebih indah daripada menjadi yg luar biasa.. kerana apa? kerana yg biasa itu adalah lahirnya rasa tawaduk di bumi Allah ini.. aku suka menjadi yang biasa dan se'simple' mungkin sbb aku pasti semua hamba Allah ini sama sahaja kekal menjadi hamba yg menumpang di bumi ini..so, buat cara tumpang kalau dah sedar menumpang je.. tak gitu??

Sekian sahaja dari saya, hamba yg kerdil sentiasa mengharapkan pertolongan dan hidayah dari Allah yg Agung.. Indahnya persahabatan jika kerana Allah yang satu!!

 Salam sayang semua.. :)


2 comments:

GRADE 11 said...

:)senyum utk indah

Unknown said...

hihi terima kasih fatih :) sudi2 kan share ilmu2 yg bermanfaat yer..

 

Template by BloggerCandy.com