Pages

Elegant Rose - Move

Thursday 16 January 2014

Kisah Hidup Syahindah

Assalamualaikum semua :)

Allah Maha Besar Maha Penyayang masih lagi memberi kesempatan utk hambaNya ini bernafas menghirup udara yang segar..Alhamdulillah.. Lama rasanya tidak bersua kan..hehhh lupe yg diri ini ade blog la utk dikongsi bersamee!! sibuk,, ahh itu alasan klise..

Sekali lagi Allah masih memberi kesempatan kepada kita utk meneruskan kehidupan ini sehinggalah sekarang tahun 2014 menjelma.. Rasenyer belum terlambat kan utk aku mengucapkan selamat tahun baru!! #common wishes.. Memang selalu lambat indah oiii..haha

Banyak sangat memori2 yg tercipta sepanjang tahun 2013.. Terlalu banyak!! Banyak sampai aku sendiri tak berkesempatan nak tulis satu2 apa yg telah berlaku.. sibuk tu yela kan, alasan lain malas!! ehh x same ehh..

Yang paling penting, memori yg tercipta itu banyak memberi diri ini pengajaran dan hikmah yang Allah sahaja yg tahu.. Allahurobbi!! Tidak tergambar dan tidak terhitung betapa hebatnya kuasaMu Allah.. Tahun 2013 banyak membuat aku tersenyum, ketawa, gembira, mengeluarkan air mata, depressed dan yg paling obvious, syahindah yg sekarang bnyk beza dgn syahindah yg dulu.. Apa bezanya?? 

Mesti ramai yg cakap bezanya aku gemuk?? ehhh, cam cakap pd diri sendiri je kan.. well, its better heard from ourselves than heard it from others!! Takdela, 2013 memberi perubahan mendadak kepada diriku iaitu indah sekarang menjadi lebih pendiam..yess,, i admit it !!

Pendiam, diam dan terus diam seribu bahasa.. hanya yg perlu sahaja boleh dibicarakan.. kenapa?? mereka yg kenal aku sebelum ini pasti tidak terus melabel diriku sebegitu.. they know me!! It was because, banyak bende yg telah terjadi pada diri ini yg memberi pengajaran yg sangat jelas bahawa tidak semua bende yg kita suka kita akan dapat milikinya dan kadangkala mulut yg banyak meluahkan kata-kata boleh makan diri sendiri.. Yesss!! pengajaran tu indah..

Diam bukan bermaksud memang itu sifatku, tetapi diam kerana takut kata-kata yg keluar dari mulutku ini boleh mengguris org di sekelilingku.. kadangkala menjadi pendiam itu adalah jauh lebih baik daripada menjadi seorang yg sangat periang.. kerana aku masih ingat this quote " semakin banyak kita meluahkan kata-kata semakin jelas kelihatan kelemahan diri kita"

2013 juga mengajar aku tidak semestinya apa yg kita sayang akan selama-lamanya menjadi milik kita.. Ya, kita tidak tahu apa perancangan Allah, tetapi diri yg hina ini terus merancang dan merancang tanpa menyedari kuasa Dia lebih hebat.. Allahurobbi!! 

Masih ingat lagi bait2 ini, Jika tiada rezeki jodoh utk kita, mungkin rezeki umur ibu bapa kita panjang dan kita boleh berbakti pada mereka.. Siapa tahu perancangan Allah? siapa? kita ni hamba yg sangat kerdil je.. tak mampu nak buat apa2 pun.. hidup kat atas dunia ni pun menumpang je..

Selain itu,... wahhh guna penanda wacana jugakk!! Tahun lepas juga memberi aku hikmah dan pengajaran yg mana aku kehilangan seorang mutiara yg sangat berharga sebelum ini.. itulah, kalau sesuatu perhubungan atau silaturrahim tidak kerana Allah yg Maha Agung.. maka itulah yg terjadi... Maka sentiasalah letakkan Allah yg pertama dalam apa jua perkara.. niat keranaNya.. In sha Allah akan berjalan dgn lancar.. persahabatan yg berlandaskan suka semata-mata tidak akan ke mana selain ada Allah di hati kita dan keihklasan jiwa :) Tidak mengapa hilang sebutir permata kerana akan hadir lagi permata-permata yg lain yg kemudiannya memberi kita pengajaran yg sangat berharga dariNya.. Moga dia sentiasa bahagia dengan caranya..


Syahindah terus diuji lagi pada hujung tahun 2013 iaitu diuji dengan kesakitan ibu yg amat disayangi.. Allahurobbi, Dia sahaja yg Maha Mengetahui perasaan ku ketika itu.. Ibu tiba2 sesak nafas while she was driving and at the end of this year, she was suspect by the doctor that she have heart disease.. Allah, Allah, Allah.. Hebat dugaanMu ya Allah.. Di saat wajah ini mula mengukir senyuman, Allah menguji hambaNya utk lihat kekuatan hambaNya hadapi ujian yg sangat hebat..

Alhamdulillah, she's getting better and better.. Jaga pemakanan yer, ma :) Kadang-kadang ujian-ujian ini memberi kekuatan yg sangat luar biasa pada diri ini kan.. org ckp air mata itu tandanya kita lemah, tetapi bg aku air mata itu adalah tanda kita sudah cukup kuat hadapi pelbagai ujian dalam hidup sehingga air mata mula mengalir.. Allah hadirkan air mata utk diluahkan ketika kita sedih.. Allah! kalau boleh, sekarang tiap minggu akan aku balik if ade mase lapang utk terus berbakti kepada keluarga.. Homesick pun dah makin melampau sangat..!

Biarlah mulut-mulut org ini terus mengata asalkan diri kita tahu dimana kedudukan diri kita yg sebenarnya pada pandangan Allah Maha Kuasa..Kadang-kadang aku merenung balik mana silapku sebelum ini sehingga Allah hendak menghapus dosa-dosa lampau kita dengan kesakitan-kesakitan yg diberikan kpd org2 yg kita sayang khususnya ayah dan ibu ku.. Moga mereka cepat sembuh.. Agar ayah dapat terus berbakti dan menyumbangkan ilmu kepada student serta complete his PHD (Dr Marzuki) dan ibu terus ceria bersama anak-anak muridnya.. aku tahu ayah dan ibu kuat!!



Ingatlah wahai manusia, kamu tidak akan diuji diluar kemampuanmu kerana Allah Maha Mengetahui.. Teruslah berdoa kepadaNya kerana Dia Maha Pemurah.. akan sentiasa mengabulkan doa-doa hambaNya.. 

Dan kini, 2014 adalah nafas baru yg perlu aku jalani dengan penuh tawaduk dan sentiasa menyedari siapa kita di mata Allah.. Tidak perlu menjadi sebagaimana yg dipinta oleh manusia, tetapi jadilah sebagaimana Allah mahu di dunia dan akhirat.. 

Azam?? haha setiap tahun aku memang takde azam yg tetap.. so,, apa yg terlintas itulah yg akan cuba dicapai tahun ini.. In sha Allah diri ini akan terus berusaha utk menambah ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama iaitu ilmu akhirat yg kekal selama-lamanya.. Semakin kita banyak belajar, semakin kita sedar yg diri kita ini sangat cetek dgn ilmu-ilmu agama.. Allahurobbi!! 

Diri ini juga akan terus berbakti kepada keluarga.. sebelum ini mungkin aku banyak mengabaikan keluarga, but not this time.. Keluarga adalah segala-galanya.. Air yg dicincang tidak akan putus.. kasih ayah kekal sejati, kasih ibu tiada bandingannya..


Terus kekal menjadi sebagaimana fitrah diri ini.. Syahindah adalah bukan insan yg istimewa, malah banyak kekurangannya.. hanya menumpang di bumi Allah ini mencari kekuatan diri.. Hanya Allah kekasih sejati..
Terima kasih semua :)

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com