Pages

Elegant Rose - Move

Thursday, 16 January 2014

Kisah Hidup Syahindah

Assalamualaikum semua :)

Allah Maha Besar Maha Penyayang masih lagi memberi kesempatan utk hambaNya ini bernafas menghirup udara yang segar..Alhamdulillah.. Lama rasanya tidak bersua kan..hehhh lupe yg diri ini ade blog la utk dikongsi bersamee!! sibuk,, ahh itu alasan klise..

Sekali lagi Allah masih memberi kesempatan kepada kita utk meneruskan kehidupan ini sehinggalah sekarang tahun 2014 menjelma.. Rasenyer belum terlambat kan utk aku mengucapkan selamat tahun baru!! #common wishes.. Memang selalu lambat indah oiii..haha

Banyak sangat memori2 yg tercipta sepanjang tahun 2013.. Terlalu banyak!! Banyak sampai aku sendiri tak berkesempatan nak tulis satu2 apa yg telah berlaku.. sibuk tu yela kan, alasan lain malas!! ehh x same ehh..

Yang paling penting, memori yg tercipta itu banyak memberi diri ini pengajaran dan hikmah yang Allah sahaja yg tahu.. Allahurobbi!! Tidak tergambar dan tidak terhitung betapa hebatnya kuasaMu Allah.. Tahun 2013 banyak membuat aku tersenyum, ketawa, gembira, mengeluarkan air mata, depressed dan yg paling obvious, syahindah yg sekarang bnyk beza dgn syahindah yg dulu.. Apa bezanya?? 

Mesti ramai yg cakap bezanya aku gemuk?? ehhh, cam cakap pd diri sendiri je kan.. well, its better heard from ourselves than heard it from others!! Takdela, 2013 memberi perubahan mendadak kepada diriku iaitu indah sekarang menjadi lebih pendiam..yess,, i admit it !!

Pendiam, diam dan terus diam seribu bahasa.. hanya yg perlu sahaja boleh dibicarakan.. kenapa?? mereka yg kenal aku sebelum ini pasti tidak terus melabel diriku sebegitu.. they know me!! It was because, banyak bende yg telah terjadi pada diri ini yg memberi pengajaran yg sangat jelas bahawa tidak semua bende yg kita suka kita akan dapat milikinya dan kadangkala mulut yg banyak meluahkan kata-kata boleh makan diri sendiri.. Yesss!! pengajaran tu indah..

Diam bukan bermaksud memang itu sifatku, tetapi diam kerana takut kata-kata yg keluar dari mulutku ini boleh mengguris org di sekelilingku.. kadangkala menjadi pendiam itu adalah jauh lebih baik daripada menjadi seorang yg sangat periang.. kerana aku masih ingat this quote " semakin banyak kita meluahkan kata-kata semakin jelas kelihatan kelemahan diri kita"

2013 juga mengajar aku tidak semestinya apa yg kita sayang akan selama-lamanya menjadi milik kita.. Ya, kita tidak tahu apa perancangan Allah, tetapi diri yg hina ini terus merancang dan merancang tanpa menyedari kuasa Dia lebih hebat.. Allahurobbi!! 

Masih ingat lagi bait2 ini, Jika tiada rezeki jodoh utk kita, mungkin rezeki umur ibu bapa kita panjang dan kita boleh berbakti pada mereka.. Siapa tahu perancangan Allah? siapa? kita ni hamba yg sangat kerdil je.. tak mampu nak buat apa2 pun.. hidup kat atas dunia ni pun menumpang je..

Selain itu,... wahhh guna penanda wacana jugakk!! Tahun lepas juga memberi aku hikmah dan pengajaran yg mana aku kehilangan seorang mutiara yg sangat berharga sebelum ini.. itulah, kalau sesuatu perhubungan atau silaturrahim tidak kerana Allah yg Maha Agung.. maka itulah yg terjadi... Maka sentiasalah letakkan Allah yg pertama dalam apa jua perkara.. niat keranaNya.. In sha Allah akan berjalan dgn lancar.. persahabatan yg berlandaskan suka semata-mata tidak akan ke mana selain ada Allah di hati kita dan keihklasan jiwa :) Tidak mengapa hilang sebutir permata kerana akan hadir lagi permata-permata yg lain yg kemudiannya memberi kita pengajaran yg sangat berharga dariNya.. Moga dia sentiasa bahagia dengan caranya..


Syahindah terus diuji lagi pada hujung tahun 2013 iaitu diuji dengan kesakitan ibu yg amat disayangi.. Allahurobbi, Dia sahaja yg Maha Mengetahui perasaan ku ketika itu.. Ibu tiba2 sesak nafas while she was driving and at the end of this year, she was suspect by the doctor that she have heart disease.. Allah, Allah, Allah.. Hebat dugaanMu ya Allah.. Di saat wajah ini mula mengukir senyuman, Allah menguji hambaNya utk lihat kekuatan hambaNya hadapi ujian yg sangat hebat..

Alhamdulillah, she's getting better and better.. Jaga pemakanan yer, ma :) Kadang-kadang ujian-ujian ini memberi kekuatan yg sangat luar biasa pada diri ini kan.. org ckp air mata itu tandanya kita lemah, tetapi bg aku air mata itu adalah tanda kita sudah cukup kuat hadapi pelbagai ujian dalam hidup sehingga air mata mula mengalir.. Allah hadirkan air mata utk diluahkan ketika kita sedih.. Allah! kalau boleh, sekarang tiap minggu akan aku balik if ade mase lapang utk terus berbakti kepada keluarga.. Homesick pun dah makin melampau sangat..!

Biarlah mulut-mulut org ini terus mengata asalkan diri kita tahu dimana kedudukan diri kita yg sebenarnya pada pandangan Allah Maha Kuasa..Kadang-kadang aku merenung balik mana silapku sebelum ini sehingga Allah hendak menghapus dosa-dosa lampau kita dengan kesakitan-kesakitan yg diberikan kpd org2 yg kita sayang khususnya ayah dan ibu ku.. Moga mereka cepat sembuh.. Agar ayah dapat terus berbakti dan menyumbangkan ilmu kepada student serta complete his PHD (Dr Marzuki) dan ibu terus ceria bersama anak-anak muridnya.. aku tahu ayah dan ibu kuat!!



Ingatlah wahai manusia, kamu tidak akan diuji diluar kemampuanmu kerana Allah Maha Mengetahui.. Teruslah berdoa kepadaNya kerana Dia Maha Pemurah.. akan sentiasa mengabulkan doa-doa hambaNya.. 

Dan kini, 2014 adalah nafas baru yg perlu aku jalani dengan penuh tawaduk dan sentiasa menyedari siapa kita di mata Allah.. Tidak perlu menjadi sebagaimana yg dipinta oleh manusia, tetapi jadilah sebagaimana Allah mahu di dunia dan akhirat.. 

Azam?? haha setiap tahun aku memang takde azam yg tetap.. so,, apa yg terlintas itulah yg akan cuba dicapai tahun ini.. In sha Allah diri ini akan terus berusaha utk menambah ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama iaitu ilmu akhirat yg kekal selama-lamanya.. Semakin kita banyak belajar, semakin kita sedar yg diri kita ini sangat cetek dgn ilmu-ilmu agama.. Allahurobbi!! 

Diri ini juga akan terus berbakti kepada keluarga.. sebelum ini mungkin aku banyak mengabaikan keluarga, but not this time.. Keluarga adalah segala-galanya.. Air yg dicincang tidak akan putus.. kasih ayah kekal sejati, kasih ibu tiada bandingannya..


Terus kekal menjadi sebagaimana fitrah diri ini.. Syahindah adalah bukan insan yg istimewa, malah banyak kekurangannya.. hanya menumpang di bumi Allah ini mencari kekuatan diri.. Hanya Allah kekasih sejati..
Terima kasih semua :)

Tuesday, 22 October 2013

I Love The Simple Way Of Life :)

Assalamualaikum..

Aduii bile duk umah lame2 ni, rajin pulak aku duk mengupdate blog kann.. neway, banyak sgt crite nak share kat cni about my holiday..ehhh dah holiday ke? Haha.. 

Cerita pe? cerita pe? sabar2.. huhu cam la ramai sangat yg duk meniarap bace blog aku nih kan.. SS pulakk.. Baru2 ni aku berpeluang dapat rase camne life routine as housewife..what???////pppssttt?? Housewife?? ehh x pyah over nak buat muke terkejut cam tu..

On that day, my mom said " hah, along.. ma pegi keje ngn abah hari ni.. ma ade tinggal kete kat umah..along bwak adik nanti pegi klinik sbb die ade appoinment utk ambik darah hari ni. Jangan lupa okayy" Dengan mata yang masih mamai, yela baru pukul 7 pagi kot hujan plak tu..heyyy ape lagi?? Aku pun jawab "ha...ha.. yela..nanti along bawak adik"

Garu2 mata, tengok jam dah pkul 7.30 haa, amekaw!! my mom cakap kalau pergi lewat pukul 12 tghari tak dapat balik lg dari klinik tu.. ehh jap klinik kerajaan..that's why la they have bad management in making appoinment with the patient.. Okayy paham..

Aku pun dengan rasminya jadi driver terhormat on that day..adik aku plak tergedik-gedik duk sebelah aku duduk like a boss! okayy, nak pergi mana tuan? 



Haa, nampak tak tu? Jangan tak yakin dengan kebolehan aku tau..aku mampu. 

The modern housewife memang akan jadi driver.. yela nak hantar anak pergi sekolah, pegi beli barang dapur.. haa, kan betul cakap ma aku perempuan skrg kene ade skill memandu.. because of what? haa, sebabnyer cam kes makcik pakai tudung merah kat atas tu la..

Aku ingatkan sekejap je duk bertenggek kat klinik tu..mak aiii, ramai bebenor warga emas di situ.. lame betul...memang lame..tiba2 plak aku rase kenapa aku di sini?? tengok kanan, ade makcik tu nak check her diabetes, tengok kiri plak ade pakcik tu cakap kat aku "Ni haa, pakcik tunggu dh lame..tak naik2 pun nombor pakcik..dah la pakcik ni dah tue, sakit..tunggu sini makin sakit adela.. bukan klinik kesihatan, klinik kesakitan adelaa!" Pakcik tu yg cakap, bukan aku..(Boleh tahan jugak hujah die)

Okayy, sabarlah aku ni..nasib baik mood okay je hari tu walaupun pagi tu langsung aku tak makan lagi.. adik aku cakap pergi klinik kejap je, tak payah makan lagi..lepas selesai baru makan.. Okayy, seriously aku menyesal dengar cakap die.. huhh, die takpela kene puasa sbb utk ambil darah.. (nampak tak permainan die kat citu) Tadaa 8019 haaa, naik pun nombor tu..adik aku pun terkedek2 pergi masuk bilik doktor..

Selesai semua dah dekat pukul 1.. sabar sangat cik syahindah hari tu..dari pukul 8 sampai pukul 1.. gud job! kan jadi housewife..relaxla, baru sikit kot..


Muka bersyukur sangat sbb akhirnya aku breakfast pukul 1

Dugaan lagi bile kene tunggu makcik kedai tu goreng ayam pulakkk.. sabar lagi..kalaulah puasa, dah dekat separuh hari tu.. Adik aku pun bersuara tengah aku duk breakfast tu, "kak, jom pergi shopping pas ni, takde pape jugak nak buat kat rumah". 


Haa, nampak tak die yg excited nak beli baju..ikut jela

Murah, murah.. tapi sayang my allowance ciput sangat dahh.. tak mampu

Tiba2 lepas habis shopping, beli barang dapur cket utk lunch, aku pun tengok jam awal lagi.. plan nak terus ambik my mom balik mengajar pukul 3.. so, ape lagi terus memecut pergi lepak, photoshoot cket kat masjid kristal.. haa, takde keje, cari keje.. housewife modern!


Muslimah yang menanti kehadiran seorang suami.. eh eh.. 


Cinta seorang suami dan isteri harap terikat di sini.. cewaahh..

Haha.. ape2 pun i love the simple way of life that i've through.. banyak bende yg aku pelajari walaupun hanya sehari aku cuba utk jadi seorang housewife laa sangat.. macam gaye bibik moden je.. memang best when you have the moment with ur beloved person.. its all about be ourselves right?

Hopefully, umur aku masih lagi panjang utk aku terokai segala yg best atas muka bumi ni n at the same time aku dapat berkhidmat pada parents aku.. nothing special in my life.. but the simple way of my life make me proud to be who i am.. that's all :)

Salam rindu...





Saturday, 19 October 2013

Ada apa pada CINTA?

Salam alaik... :)

Sudah lame sgt rasenyer tidak bersua pena dlm blog ni..huuhh, bahasa sastera ape yg aku duk melalut ni.. well, lame sangat..memang lame..rindunya nak meng'update' Encik Blog ni..

Besela asal malam je, hati ni barula terdetik nak meluahkan apa yg dirasa.. jari mula nak menari2 ala kuda kepang tengah malam buta cmni.. haha neway tiba2 je rase kosong la plak hati kecil ni..rase macam ade something yg hilang, yg semakin menjauh dan dah lame rasenyer xde orang ketuk.. Mengada!

Cinta itu subjektif.. terlalu luas skopnya..setiap orang bila sebut cinta, lain opinionnya.. ade yg sebut cinta ni adalah segala2nya, someone said cinta itu teman sejati, ada juga yg berbisik merdu ckp cinta ni begitu indah tidak mampu diucap dengan kata kata..amboiii..mesti tengah dilamun cinta..lautan api sanggup ku redahi..puiiii,,, dunia semata-mata..haha

Bagi aku, cinta ni susah laa nak explain camne.. sudah semestinya cinta sejati bagi setiap insan adalah cinta dari Ilahi.. itu sudah pasti.. tapi tidak dapat nafikan juga cinta sesama manusia juga adalah satu fitrah yg sememangnya sgt diperlukan.. ya, memang perlu!


Alolo sweeetnyer baq hang!

Tapi setakat mana perlunya? adakah berlandaskan perasaan dan nafsu semata-mata? I Love u, you love me.. I sayang u, I rela mati dengan uuuu..wah, wah, wah..enaknya bermadah.. itula namenyer cinta anak monyet..haha

Dulu ya, aku akui bagi aku cinta macam tu la..i love u, u love me... i admit that itula cinta bagi aku..namun, buta manusia tidak selama2nya buta..ehh! Alhamdulillah... dengan segala kuasaNya Dia yang Maha Berkuasa akhirnya memberi petunjuk yg sememangnya jelas untuk aku tentang Cinta.. Cinta yg sejati sememangnya dari Allah yang Maha Penyayang.. Cinta yg halal sesama manusia hanyalah melalui satu akad yang sememangnya halal dan amat suci, amat indah.. itulah perkahwinan.. status dia sebagai suami, dan aku sebagai isteri adalah satu status yg sangat mendapat keredhaan dariNya.. ya Allah betapa mahunya aku akan akad itu!


Seriously sweettt ^_^



Kecewa berkali2, menangis habis air mata hanyalah sekadar satu pembaziran yang nyata.. Perkahwinan adalah satu ikatan yang amat suci.. Itulah cinta :) Sesungguhnya orang2 yang baik akan diberikan jodoh yang baik.. moga aku juga tergolong dalam golongan itu.. amin..

Moga impian untuk memiliki encik suami yang halal dan dapat menjadi khalifah di dunia dan akhirat dapat termakbul.. Amin.. Cinta yang sebenar adalah cinta yang mampu membawa aku ke Syurga.. in sha Allah..

Sekian,, salam rindu :)

Friday, 24 May 2013

Aku kau Kita Serupa :)

Salam alaik.. :)

Berakhirnya paper Bm3117 Pedagogi Bahasa Malaysia hari khamis baru ni bermakne, bermulalah HOLIDAY aku ! wuhuu.. tapi holiday aku tidak se'happening' holiday yg sebelum ini..Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukannya.. Tapi aku percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.. Hidup ini umpama roda..kejap kita di atas, kejap kita di bawah.. Allah Maha Adil..

Tapi ruangan entry ini aku sebenarnya nak dedikasikan khas buat rumate aku yg paling aku syg! kenape? sebab aku rase berkawan dengan dia sepanjang aku berada di IPG ini, membuatkan aku rase diri aku ni sangat bermakna.. ade jugak la org yg appreciate Syahindah yg ngok ngek ini..eheheh..just joke!

Okeh, ceritanya bermula camni, on 20th of May mknenyer baru2 ni je la.. OMG my rumate n konco-konconya hehe buat surprise party petang tu..speechless.. tak sangke sangat sbb birthday aku dah lepaihh..belated birthday la kirenyer..huhu but they still appreciate me as their friend..tq, tq, and tq ! mmg sangat superb korang punyer idea..


Okeh, ni la muka konco2 yg plan nk buat surprise aku punyer bfday ! haha sume comey..

Oh lupe! aku punyer bfday celebration sekali ngn kawan gila2 aku Mizz Falah yg hott! ade gaye FL tgk ilah pakai tudung cm tu (FL refer to Fatin Liyana) ahaks..

Before we eat, let's we du'a first :) keberkatan okeh!

Kiteorg mmg gile bergambar..tapi siyusly mmg aku ni kaku cket kalau bergambar..tgk tu !

Huhu mula-mula aku tak nak join diorang pergi KFC lepas exam! ingat nk mkn nasi kafe yg SEDAP sangat tu.. tapi dorang pakse aku cam gaye frust gile kalu aku tak pergi..haha last2 aku pergi jugak sbb perut pun boleh tahan jugak la menari2 ala2 kuda kepang..

Okeh, mase mula2 sampai airport tu, punye la strange kelakuan kawan-kawan aku ni..yang paling ketara aku bleh nampak Ju dgn si Rumate aku ni Tasya! hehe..kejap nak gi tandas, kejap nak jumpe akak senior..aishh pelik jugak aku duk pikir ngape la yg dibuat budak dua orang ni.. Okeh, last2 malas la aku nak pikir banyak2 sbb perut lapar gile..nasi ayam colonel chicken rice terbayang di kalbu..huhu

Bile aku dah duduk pas order kat meja tu, tinggal la aku duk kelik2 mate ni tgk nasi ayam..lapar..huhu tapi tunggu Ju dgn Tasya punyer la lame jumpe senior katenyer..haha..sabar..

Okeh, taddaa! 1, 2, 3 Happy Birthday to me! haa, tup2 kuar la si Tasya dgn Ju tu..mase tu mmg speechless tgk dorang bawak kek dgn lilin bagai (lighter la)..fuhh mmg sgt terharu..tq guys for your this surprise celebration..sangat bermakna!


Happy Birthday in advance to Miss Falah ;)


Tasya! thanks a lot...Hanya Allah dapat balas jasa mu :)

Gambar fevret rumet aku..haha sory beb ter'upload'..

Ini dia Jue Sabahan..hehe tq jue atas kata2 semangat yg sentiasa menjadi halwa telinga ni.. :)

Sesi suap-menyuap antara aku dgn akak FL ;) hehe

Okeh ni sesi potong-memotong..setiap moment sangat bermakna bagi aku..

Tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan..hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan nikmat yang Engkau berikan kepada aku selama ini..walaupun pada masa yang sama, banyak ujian yang terpaksa aku jalani, tetapi Allah itu Maha Adil..Dia hadirkan sahabat-sahabat yang baik kepada aku sebagai semangat untuk aku terus menikmati Dunia yang begitu Indah ini..subhanallah :)


Kisah yang tercoret banyak nikmatNya..

Setiap gambar tersimpan seribu makna..

Mencari Si Adam yang tidak muncul2..haishh

Sume muka fotogenik! cantik u olls :)

Candid !

Ops, ade satu lagi bende yg sangat bermakna on that day! my rumate give me the precious present that can't describe with the words..Thank you sangat..thanks sbb sudi jadi rumate saya yang paling gempaq dan happening..ade je cerita yg nk di'share' habaq hang! Bile friends dgn tasya, indah bleh jadi diri indah sendiri..ekekek..tetibe sentimental !


Taddaa..such a superb gift!! speechless sbb terlalu kreatif la rumate aku..aku sendiri nak lukis org lidi pun teragak2..ahah


Tasya!!! i'm really love this gift..cute sangat!! sukeee bile bukak bungkusan tu..hampir satu rumah leh dengar aku jerit kegembiraan..kura2 comel :)

Happy Birthday to me, Happy Birtday to me~~~~

Aku dipaksa untuk melakukan aksi ini..eheheh..rindu kamoo wahai rumate :)

Ade something yang indah nak share ngn korang..nah, lagu sahabat utk kamoo !

So ini sahaja la yang dapat aku coretkan utk entry kali ni..terima kasih sbb sudi jadi friends indah..terima kasih buat rumate Tasya, Jue, Ilah dan Sara yg sudi jadi kawan indah..hopefully kita dapat berkumpul lagi pada semester 2.. coming soon ! Sesungguhnya setiap ujian yang kita hadapi, banyak nikmat yang akan aku peroleh..cuti ini aku luangkan masa utk memberikan khidmat yang terbaik utk keluarga ku..itulah holiday aku utk kali ni..

Terima Kasih semua..
#ku adaMu Allah :)
















Tuesday, 7 May 2013

La Tahla wa La Tahzan :)

Assalamualaikum :)

Syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi sempat utk menghirup udara segar kurniaanMu Ya Allah.. Alhamdulillah..
Sudah berabad rasenyer tidak mengupdate blog..bese alasan blogger, (malas, xde mase, assignment bnyk) haa, alasan indah salah satu darinyer..ekekek..

6 Mei 2013... Tarikh yg sangat bermakna bagi aku..terlalu bermakna sehingga hati aku tergerak utk share apa yg aku rase, apa yg aku alami pada tarikh ini.. Bermakna :)

Hari ulang tahun aku yg ke -20 ! memberi seribu makna kepada aku.. on that day, i don't know why i feel so uncomfortable n feel
something weird will happen to me..orang pertama yg wish happy birthday kat aku adalah ibu aku yg tersayang.. tq ma,,..u are my everything..thanks a a lot..sharp pukul 12 tgh mlm, mom give her wish to me n usap muke aku..oh, sebaknya!

Sebenarnya aku tidak mengharapkan yg terbaik pd birthday aku hari tu..kenape? aku ade alasan kukuh..my only dad :'( he is not doing well.. i don't know why day by day kesihatan dia makin menurun..oh! badan ayah aku pun dah makin susut..bygkan, org leh tnyer ayah aku knpe kurus sgt..risau, gelisah, bimbang, hanya Allah yang tahu..

Kemuncak kisahnya..happen on my birthday.. suddenly, ayah aku menangis..! buat pertama kali, dalam hidupku dia menitiskan air mata.. bukan kerana dia lemah, bukan kerana dia sudah tiada daya..tetapi disebabkan dia terlalu kuatlah, dia menitiskan air mata..menitiskan air mata depan aku, depan ibu ku, depan adik-adikku..tahu apa yg diucapkan??

Ayah : Aboh dah x larat ni..nak makan nasi pun dh xde selera..x larat..Along (dia panggil aku) aboh mintok maaf sgt2 sbb x dapat celebrate bfday along hari ni..aboh bukan sengaja, tapi aboh dop larat..sakit..

Aku : Sebak! (speechless) air mata aku berjujuran jatuh cm air terjun!

Ibu : Jangan ckp cm tu la..kuat semangat cket..dh la tu..jgn nangis la depan anak2..awk kne kuat..

Aku : Tidak terkata lagi..lemah, lemah dan terus lemah.. longlai! Hanya air mata yg berkata-kata..



Menangis, menangis, dan terus menangis..kudrat aku dah tiada apabila mendengar kata-kata yg ayah aku luahkan sambil dia menitiskan air mata..semangat aku hilang entah ke mana.. Aboh ! jangan berkata sebegitu lagi..jangan menitiskan air mata mu..sesungguhnya aku sangat menyayangi mu aboh..ibu sangat sayang kat aboh..adik2.. Ya Allah !

Kuatkan semangat mu wahai ayah yg aku sayang, yg aku sanjung.. Jangan! Jangan berkata sedemikian rupa..aku tahu aboh sangat kuat, sangat gagah orangnya..teruskanlah bersemangat..teruskanlah lawan penyakit itu..please!!!

Malam itu, sungguh aku tiada kudrat..hanya air mata peneman di kala aku lemah dan longlai..hanya Engkau yg tahu betapa give up perasaan aku ketika itu..pada hari lahir aku..pada ulang tahun kelahiran aku..semua itu telah terjadi..Ya Allah..aku tidak mengharapkan hari ulang tahun kelahiran aku berakhir sebegitu, aku juga tidak mengharapkan hari ulang tahun kelahiran aku sama sebagaimana orang lain.. ade kek! ade hadiah! ade surprise! ade segala-galanya yang tidak disangka..tapi aku...... Aku tidak mengharapkan hari jadi aku sebegitu, tetapi aku mengharapkan pada hari ulang tahun kelahiran aku itu, orang-orang yang aku sayang berada di samping aku..menyambut hari kegembiraan itu bersama aku.. tetapi Allah, Engkau adalah sebaik-baik perancang.. kami hanya mampu menentukan itu dan ini, tetapi ternyata Engkau yg menentukan...

Aku hanya insan biasa yg penuh kekurangan, yg penuh kelemahan, yg penuh dengan dosa2..walaupun sebelum ini aku sedar dan aku tahu ayah aku adalah seorang yg sangat tegas, sangat garang tetapi aku tahu dia begitu kerana dia inginkan yg terbaik utk aku dan adik-adik aku..dia sayang aku dan dia sayang ibu serta adik2ku..

Aboh, along sayang aboh..aboh kene kuat hadapi ujian yg Allah bagi ini..sesungguhnya penyakit itu penghapus segala dosa..aboh kene kuat..kene semangat..aboh kene kuat utk along, utk ibu, utk adik2..



La Tahla wa La Tahzan..aku ingat dua ungkapan arab ini yg sangat memberi makna bagi aku..jangan mengeluh dan jangan bersedih..Ya, aku kene kuat! aboh kene kuat! kita sebagai hamba Allah tidak boleh terus2an bersedih dan berputus asa..kita kene sentiasa berusaha utk ubah nasib kita, utk bangkit daripada segala kegagalan..utk bangkit melawan segala penyakit.. tiada penyakit yg tiada ubatnya.. Ya,,, ! Allah bimbing kami ke arah jalan yg benar..bimbing kami utk terus menghadapi hidup ini..bimbing kami ke jalan yg Engkau redhai...Panjangkanlah umur kami, permudahkan urusan kami..beri kami kesihatan yang baik..berilah kami sekeluarga tetap bersama..amin ya rabbal alamin.. :)





 

Template by BloggerCandy.com