Pages

Elegant Rose - Move

Saturday, 10 November 2012

She is the best listener :)

Assalamualaikum.. :)

Hai semua.. hurmm, dh masuk musim cuti sekolah la..bermakne masuk musim cuti IPG jugak..ehehe..Wuhuu, happy mmg happy, tp bosan jgk kdg2 ble asyik bgun tido, mkn, tgk tv, then tdo balik..HAHA x mencabar sgtla.. but, mybe ayh indah ade plan yg lebih interesting and challenging kot utk musim cuti ni..dgr2 nk buat family day besar-besaran kat langkawi..wow, lame ceq x p sane! Haha..ckp utagha! can't wait !

Umm, berckp sal entry indah kali ni, mesti tertanye2, who is she?? she is my only ONE! my MOM! ibu indah yg indah panggil dengan paggilan ma :).. hehe.. umm korang tau x, hari first cuti ri tu kan, aty kecil indah ni tergerak nk share something yg sgt besar yg berlaku dlm hidup indah.. indah share something yg berkait rapat dengan hati dan perasaan indah.. berdebar jgk la nk bukak cerita tu.. bygkan la, habis ayat2 bace! haha tkut punyer pasal.. TUHAN je yg tau.. Allahurabbi!

But akhirnyer, nak x nak gtau jgk la..sbb dh lame hasrat hati nk bgtau jgk kan.. umm, sal cerita pe tu, isshh, korang x pyh tau la..segan indah..hehe..but, kat cni indah nk cerita sal kesudian ibu indah ini mendengar cerita dari sang puteri die ni..satu2nyer puteri dlm adik beradik indah..hehe.. umm mule2 indah bukak cerita tu, dia dah mengukir senyuman.. Ya Allah sejuknyer hati ini melihat senyuman die, senyuman seorang ibu yang mampu menggegarkan hati kecil ini..hehe..hilang segala debaran sume tu.. indah cerita segala2nyer.. dari A sampai Z.. Alhamdulillah ibu indah boleh terima sume tu.. die ckp ank ma dah besar upenyer! haha.. nk tergelak bile die ckp cm tu..

Cuma, die bg la serba cket nasihat kat indah.. yela, dia lebih berpengelaman dari indah dan sudah semestinyer die juge pernah mengalami bende yg same.. soal hati dan perasaan! hehe..oh ye, korang, tgk gmbr kt bwh ni..comel kan ibu indah..chubby!


Hurmm, amacam?? comel x..hehe..ibu mane yg x comey kan.. tp yg penting, syukur Alhamdulillah sbb Allah dah bg indah satu ANUGERAH TERINDAH dlm hidup indah yg x mampu indah byr dengan wang ringgit..sungguh tinggi nilai seorang ibu..Allahurabbi!

Umm,at least ibu indah tau segala2nyer sal diri indah ni..ase lega cket ble dh cerita sume tu..xdela, risau sgt lepas ni..hehe..asenyer sampai cni sje kot entry untuk kali ni..saje berceloteh cket cuti ni..hehe..bosan pun ade sbnrnyer..pe2 pun ibu adalah insan yang paling indah yg paling bermakne dalam hidup indah..Alhamdulillah :)




Sekian, selamat bercuti !

Thursday, 1 November 2012

~KAWAN @ TEMAN @ SAHABAT~ SIAPA MEREKA?

Assalamualaikum..
Selamat Pagi :)

Awal indah bangun pagi ni..xtau npe kepale ni terase berat sangat..mcm dihempap batu laa.. hmmm tujuan entry indah pagi ini xlen dan x bukan ingin meluahkan luahan hati indah yg sebenarnya buat seorang insan ini.. sesungguhnya indah tidak mampu berhadapan face to face dengan die untuk meluahkan segala isi hati kerana takut die terluke..biarlah daripada tinta ini, dia akan beroleh jawapan daripada indah..

Siapa insan yg bergelar SAHABAT buat indah? Siapa pula insan yang bergelar TEMAN buat indah? Dan siapa pula insan yang bergelar KAWAN buat indah? Tiga istilah yang hampir sama, tapi jelas ia sangat berbeza..

Persoalan bermain di minda.. jawapan itu hanye ade pade orang yang merasakan dirinya SAHABAT buat indah, jawapan itu ade pade orang yang merasakan dirinnya TEMAN buat indah dan sudah semestinya jawapan itu ade pade orang yang merasakan dirinya hanya KAWAN buat indah :)

Baiklah, kisahnya bermula begini..pada suatu masa dahulu, indah menerima dua orang kawan yang sangat akrab dengan indah..ke mane sahaje mesti bertiga.. si A suka bergelak ketawa..ade sahaje perkare yg menjadi bahan lawaknye..huhu sungguh happy go lucky la die ni..sangat selesa berkawan dengan die kerana kelemahanku tidak dipandang enteng olehnya..die merasakan semua manusia dalam dunia ini sama taraf sahaja..Yang penting, dia mendengar pendapat yang indah bagi..sangat terharu..pemikiran dia juga sangat terbuka..suka memberi pendapat, dan pendapatnya sangat bernas..citarasa juga hampir sama dengan indah..indah minat bentuk A, dia pun kadang2 minat bentuk A.. berkongsi citarasa dan minat yang sama..malah, pandangan pun kadang2 same..itulah istimewanya dia..

Si B pula seorang yang sangat cantik..sangat tinggi mengalahkan kami berdue..hehe..jujur indah katekan, sebelum ini indah tidak pernah menerima dan merasai kawan, sahabat atau teman sebagaimana dia..indah sebenarnya tidak dapat men'describe'kan dengan sebaiknya perihal si B ini..mungkin jiwa indah tidak sama sebagaimana jiwa dia..dahulu, di awal perkenalan, indah merasakan agak ok indah berkawan dengan dia ketika kami masih betige..mesti korang pelik kan dengar MASIH BERTIGA? hehe..

Ini pula kisahnya, disebabkan persahabatan yang terlalu akrab antara kami bertiga, dengan takdir Allah, berlaku la satu konflik yang menyebabkan kami bergaduh besar.. pendek kata, konflik tersebut tidaklah sebesar yang disangka..mungkin kerana kesilapan yang berulang-ulang kali dilakukan setelah dinasihati, maka masing-masing membawa haluan sendiri.. sebenarnya pergaduhan itu hanya berlaku antara Si A dan Si B, indah berada di tengah..tidak tahu, buntu serta bingung hendak menyebelahi siapa? entah bagaimana, aku cuba untuk meredakan pergolakan ini..berhari2, berminggu2, berbulan2, akhirnya hampir setahun kami bergaduh..tidak ada jalan penyelesaian.. masing-masing keras dengan ego masing2..semuanya menjadi API..tidak mahu mengalah.. Si B ade cuba untuk meminta maaf..berkali2..sampai menangis..tetapi si A mungkin sudah serik dan tidak mahu lagi mengulangi peristiwa yang sama sebab itulah perkataan AKU MAAFKAN KAMU tidak keluar dari mulutnya..

Sambung lagi... indah tidak mempunyai pilihan lain melainkan memilih untuk terus berkawan dengan si B..indah tidak tahu kenape..tetapi indah tbe2 tanpe berfikir ape pun berkawan dengan si B hampir satu semester lebih..mungkin kerana indah tahu Si A seorang yang mudah mesra dan ramai orang boleh berkawan dengannya..mungkin kerana sikap dia yg happy go lucky itu..dia mungkin akan beroleh kawan yang lebih ramai walaupun dia sedang bergaduh dengan SI A..

Tanpa berfikir panjang, indah memilih untuk berkawan dengan si B.. selama tempoh kami berkawan, entah la kenape indah merasakan diri dan jiwa indah tidak serasi dengan dia..ade setengah indah merasekan setuju dengan dia dan ade setengah indah rasekan indah tidak boleh menerima dia dengan sebaiknya..sejujurnya, indah tidak pernah jumpa seorang kawan seperti dia..tidak tahu kenape, untuk pertame kalinya indah berkawan dengan seseorang itu dengan penuh rase tidak selesa dan indah terlalu hipokrit! Dalam erti kata yang sebenar, itu bukan diri indah yang sebenarnya apabila indah berkawan dengan dia..semate2 untuk menjage hatinya.. kerana bimbang sekiranya indah tidak menjadi hipokrit, dengan siapa lagi indah mahu berkawan dan cukuplah Si A dan Si B ini sahaja yang bergaduh..indah tidak mahu terlibat lagi dengan pergaduhan..indah x suke bergaduh! Jadi, selama berkawan dengan dia.. segala2 yg dia minat, segale2 yg dia bg pendapat..indah hanya mampu berkate ye! Aku setuju dengan ko!..tulah kesilapan indah yang sangat besar indah lakukan dalam hidup ini.. iaitu SEDAPKAN HATI ORANG TANPA MENJADI DIRI SENDIRI YANG SEBENARNYA!! Ade sesetengah perkara, indah boleh ‘masuk’ dengan dia, ade sesetengah tidak..selama ini indah berkawan dengan dia dengan penuh rasa hipokrit! Ya Allah, ampunkan dosa ku kerana penuh dengan kekhilafan dan tidak ikhlas berkawan dengan dia..ya Allah kesian DIA !


Dia seorang yang sangat aktif, agresif, sukakan sesuatu yang lasak, suka memberi pendapat, sangat suka berkongsi cerita dan segala2nya hampir semua dikongsikan dengan indah..sangat TERHARU!.. kerana dia sedia untuk berkongsi suka dan duka dia dengan indah..percaya dengan indah.. ikhlas indah bgtau, yg indah sangat suke mendengar dia bercerita..begitu bersemangat..hehe..katenye barula orang tu dapat feel ape yg kite ceritakan..betul! but sejujurnya indah tidak boleh berkongsi cerita dengan dia..tidak tahu kenape! Indah rase tidak selesa dan kekok even dia sudah menganggap indah ni seperti adiknya sendiri.. mungkin sikapnya yang terlalu menganggap indah ini hampir sempurna digelar seorang teman bagi dia menyebabkan indah rase x selesa dan tidak mampu untuk berkawan serta berkongsi suka duka sebagaimana yang indah mampu berkongsi hampir segala2nya dengan si A..

Untuk pengetahuan dia, indah juga seorang manusia biasa, tidak sempurna malah tidak mampu menjadi sesempurna yang diharapkan.. kalau indah berkawan hanya berdue dengan dia, indah ase x selesa..x tahu kenape..rase tidak menjadi diri sendiri dan bertingkah laku penuh ‘covernyer’ huhu.. semua setuju! Hmmm, akhirnya sekali lagi dengan takdir Allah, kami bertiga kembali berbaik dan berkawan seperti biasa.. indah sangat gembira tidak tahu kenape tetapi dengan mendengar gelak tawa Si A, indah ase bebas! Yess, aku dapat jadi diri sendiri..aku dapat jadi seorang kawan sebagaimana biasa lagi.. kami bertiga berkawan kembali..

Sejujurnya, hari demi hari perhubungan kami menjadi hambar kembali..tidak tahu kenape..indah merasakan buat masa sekarang indah sangat selesa berkawan dengan si A..walaupun kami ada juga berselisih pendapat dan bergaduh kecil-kecilan, tapi lebih selesa berdamping dengan dia.. TAPI! Itu tidak bermakne indah tidak mahu berkawan terus dengan si B..tidak! bukan begitu!.. indah boleh berkawan dengan dengan si B..tapi, indah hanya mampu menggelarkan dirinya adelah seorang KAWAN buat indah.. indah mahu berkawan dengan dia..tidak mahu persahabatan yang selame ini terbina, rosak begitu sahaja..tidak mahu..Cuma Si B perlu paham, ade sesetengah perkare, indah boleh rase selesa dengan dia, dan ade sesetengah perkara indah tidak bersetuju dengan dia.. indah mahu di sekeliling indah, ade seorang insan yang bername KAWAN

Huh, panjang la pulak entry kali ni kan..hehe..maklum la banyak bende nak diluahkan..emm, bagi indah, si A pula adelah seorang TEMAN buat indah kerana indah lebih selesa berkongsi cerita dengan dia..pendapat pula same..minat same..hmm, mungkin lebih selesa dengan si A..sbb tu la kadang2 keluar pun same kerana tujuan kami berdue keluar itu lebih kurang same..oke sahaja kalau dengan si A ini.. tetapi si B jangan pula ambik hati dengan perhubungan kami ini kerana istilah KAWAN bagi indah ade makne tersendiri dan ade keistimewaannya tersendiri..Jangan kecewa wahai KAWAN KU..

Dan siapa pula SAHABAT indah??? Huhuhu SAHABAT terlalu besar skopnya..sahabat adelah orang yang sentiasa ade di sisi indah, ketika indah sedih, ketika indah gembira..semua itu adelah SAHABAT bagi indah..cukuplah, KELUARGA SERTA RAKAN2 ZAMAN SEKOLAH DULU menjadi SAHABAT sebenar-benarnya bagi indah.. mereka tiada galang gantinya.. tiada siapa layak menggantikan title SAHABAT yang indah berikan untuk mereka ini.. mereka la segala2nya bagi indah.. tidak semestinya sekiranya indah terlalu rapat dengan seseorang itu indah akan jadikan dia SAHABAT indah.. tidak sama sekali!..


MEREKA NI LAH SAHABAT INDAH :)

Diharap dengan entry yang begitu panjang lebar untuk kali ini dapat diterima oleh semua pihak..hehe..cm pape lak..hmm tapi jangan risau, kerana dalam hidup indah, TIDAK LENGKAP sekiranya tidak hadir insan2 yang bergelar KAWAN, TEMAN dan SAHABAT.. mereka itu adelah ANUGERAH TERINDAH dalam hidup indah yang Allah kurniakan..TERIMA KASIH ALLAH 
Sekian sahaja, babai !

Thursday, 18 October 2012

~Hari ini dalam SEJARAH ~

Assalamualaikum..

Hai semua..ade something la indah nk share ngn korang..huhu..hari ni, hari khamis bersamaan dengan 18 oktober adelah hari yg indah ase sgt bermakne la.. hari di mana buat pertama kalinya dipilih dan dilantik sebagai PKK atau spesifiknyer Penolong Ketua Kumpulan bg program ijazah perguruan bagi semester yang pertame utk next year! DAPP!

Mak ai, terkejut eden! mne x terkejutnye..even tugas sebagai seorang penolong sahaja tetapi tugas itu amatlah berat lebih2 lagi dengan keadaan kelas indah yg emmmm x sebagaimana kelas lain.. hurmm..nk kate ok mcm x, tp nk kate x ok x jgk..eheh, belit keling cket!

Tp indah percaya sgt2 yg di sebalik perlantikan ini, ade sesuatu yg Allah telah rencanakan utk hambaNya ini..td pun sudah serba sedikit susun plan dengan KK merangkap ketua kumpulan iaitu mber kelas, n member satu negeri plak tu..Emi! hehe..habislah budak2 tu bile org ganu kite yg memerintah! whoahh..haha

Perancangan utk melaksanakan pengurusan kelas bg semester hadapan sudah dirangka serba sedikit tetapi belum dilaksanakan lagi memandangkan pelbagai penambahbaikan sudah bermain2 dalam kotak fikiran ni..x sabar nk keluar! haha..

Seriusly, indah sgt terharu sbnrnyer dengan perlantikan dan pengundian yg dilakukan oleh member2 kelas tadi..terase dihargai dan diberi kepercayaan! yelah, tau jela kan, indah mmg la x berape nk tinggi..inci pun x berape nk cukup utk jadi seorang cikgu.. haha..tp kecik2 berbisa beb! kadang2 ketinggian tidak menjadi suatu ukuran kebolehan dan kemampuan seseorang individu itu :)

percayalah!!

Sebelum ini pernah la rase macam mane tanggungjawab sebagai seorang pemimpin tu..dari darjah 2 sampai darjah 6 jadi seorang pengawas sekolah dan sering dilantik menjadi ketua kumpulan bg memimpin pengawas2 yg lain.. mse sekolah menengah, dilantik menjadi pembimbing rakan sebaya sbb tulah tidak terlalu gementar! cuma perbezaannya senario serta situasi serta mentaliti persekitaran yg berubah..tp tu semua adalah sebagai satu cabaran dan satu cabang utk sentiasa melatih diri menjadi pemimpin memandangkan akan memikul tugas sebagai seorang GURU !

Setelah melihat gaya dan cara member2 kelas yg sebelum ni jadi KK dan PKK utk 3 sem, dah dapat tgkla kelebihan serta kelemahan dalam pentadbiran kelas.. mcm mane nk handle kelas lau ade problem n mcm mane nk sentiasa kekal dengan senyuman serta sentiasa berfikiran positif tidak bergantung kepada emosi semata-mata..

Hurmm, rasenyer dah cukup kot enty utk kali ini.. something yg sgt bermakne dan bernilai bg indah la.. walapun sbg PKK shje..tp tu dah cukup bermakne! tq guys 4 giving me this opportunity to carry this responsibility..

InsyaAllah indah akan sentiasa berusaha utk bagi perkhidmatan yg terbaik! wahh haha..cm iklan je..sentiasa cuba utk melatih diri menjadi yg terbaik..sme2 kita baiki kesilapan masing2..lau ade salah dan silap indah sepanjang indah bertugas sbg PKK nt, sme2lah nasihat indah k..

Semua manusia tidak sempurna, tapi sentiasalah mencari kesempurnaanNya :)

Sekiann....




Wednesday, 3 October 2012

Ku adaMu.. :)

Salam semua :)

Hati ini tiba2 terusik utk update blog mlm ni.. i don't know why ase sebak semacam je..
Hmm..maybe homesick kot..HAHA x habes2 homesick..dh nk abes sem 3 dah..aishh! childish la indah ni! xpela..x kesah..asalkan berpijak di bumi yang nyata..eherkk, tetibe!

Emm back to the future..hehe.. x tahula, ade something yg membuat perasaan ini tbe2 tersentap dan sebak.. Kisahnya bermula mcm ni, setelah melihat kehidupan seorang hamba Allah ini,subhanallah betapa beruntungnya dia.. ade kakak, ade abang, ade kawan2 yg sgt care n syg kat die..sgt beruntung..yerr, tetibe plak la lubuk hati ini terdetik nak juga rase kasih sayang seorang kakak! Allahurabbi :(

Almaklumlah, hamba Allah yg hina ini anak sulong.. xde kakak, xde abang.. terase dan teringin jugak utk memiliki kasih sayang mereka yg bergelar abang dan kakak ini.. walapun kasih sayang seorang kakak yg dimiliki oleh hamba Allah ini bukanlah kasih sayang seorang kakak kandung yg sebenar, tp at least she have that kind of feeling!

Tidak tahulah kenape sejak kecil, mengidam nk kakak..hehe mungkin kalau ade kakak ase lebih matang dan dihargai kot.. yela, mmg x dinafikan akan bergaduh jgk tp tula hakikat hidup adik beradik..mmg xleh lari dari gaduh..

Mybe sebab faktor x penah ade kakak ni la yg kadang2 mnyebabkan indah susah cket nk bergaul dengan org yg lebih dewasa dari indah.. bukan sebab segan, tapi hendak memulakan sesuatu komunikasi itu sangat sukar dan ase kekok tbe2 lau berinteraksi..
Tapi hakikatnya, indah akui mmg indah suke sgt lau berkawan atau buat istilah kakak "angkat" dengan mereka yg lebih dewasa.. Bukan ape, pemikiran jadi lebih matang kalau berkawan dengan mereka.. sebab ape? sebab mereka ni lebih banyak pengalaman berbanding dengan diri kita sendiri.. Yesss! itulah sebenarnya kelebihan yg ade pada mereka2 yg sangat beruntung, ade kakak, ade abang!

Selamat.. hmm, asenyer tu istilah paling tepat kot kalau kita ade kakak terutamanya la.. entah la yer, mybe sbb kasih sayang mereka ini yg membuat kan kite ase dilindungi.. mungkin..

Tp Alhamdulillah... indah sgt2 bersyukur dengan nikmat kasih sayang yg telah Dia kurniakan.. biarlah xde kakak, xde abang.. dilahirkan sebagai anak sulong pun sangat beruntung sebenarnya kerana diri kita diberikan peluang utk sentiasa berusaha jadi matang! sentiasa berusaha jadi yang sebaiknya utk adik2, jd role model utk mereka..why not? hehe..

Suke dgn kata2 ni,Kadang2 Allah sembunyikan matahari...Dia datangkan petir dan kilat...kita menangis dan tertanya-tanya,...kemana hilangnya matahari...Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi... yess, itulah sebenarnya rahsia Allah..
Dialah yg Maha Berkuasa.. Maha Mengetahui setiap sesuatu.. jgn kerana sesuatu nikmat yg belum kita perolehi, kita sudah tutup mata kita utk memandang nikmat Allah yg sudah dikurniakan kepada kita sebelum ini.. Allahu rabbi!..

Menangis hati ini sekiranya dihitung segala nikmat yg telah Engkau kurniakan.. terlalu banyak Ya Allah.. Banyak sangat sehingga kadang2 aku lupa utk mengucap syukur kepada Mu.. Subhanallah..!

Sama2 la kita muhasabah diri utk sentiasa jadi yg terbaik..bukan yg terbaik pada pandangan mata manusia, tapi jadilah yang terbaik utk Sang Pencipta mu.. nescaya, hidupmu akan sentiasa dilimpahi dengan kegembiraan!

That's it.. itula luahan hati indah sebenarnya utk malam2 cmni.. hehe.. maklumlah hati ngah sedih.. tp at the same time dlm proses utk memuhasabah diri jugak.. biasalah tiada manusia yang sempurna.. tp kita jgn berhenti utk cuba jadi yg sempurna.. Ingat wahai teman blogger sekalian, jalan Allah itu luas! carilah selagi termampu! sekian utk entry kali ini, hehe.. (pujuk hati utk tidak lg berduka lara)

oh ye! ade gambar adik beradik indah la kt bawah ni.. rindu adik2! hehe




Wednesday, 19 September 2012

Muara Hatiku..

Assalamualaikum... Sudah lame rasenyer tidak bersue dlm blog ni..huwaa rindu la.. ishh, berhabuk!mklumlah lme x update..lame x bersue kan? last entry pon sblum bulan puase ri tu.. Maafkan indah sekiranyer lame sgt x singgah kt blog ni..bukan x sudi, tp dek kerana terlalu "Buzy"..umm buzy la sgt..hehe.. Mmg buzy sbnrnyer..buzy sgt..lpas je naik rayer ri tu..ber"stambung" esaimen kne siapkan..bykgkan sume subjek ade esaimen.. sbr je la..tp tu la nmenyer adat sbg seorang pelajar xkan terlepas dari bnde2 sume tu..lau xnk buat keje cm tu, bek duk umah goyang kaki, tunggu duit jatuh dari langit je kn.. Hmm...bercakap soal entry indah kali ni, muara hati.. Besar sgt mknenyer tuhh..begitu bermakne..entahla..2 3 hari ni hati ini rase sebak, sedih bercampur baur skali..yg pastinyer hati ni sentiase gelisah..gundah gulana..xtau nape..cm ade something yg akan berlaku.. Ya Allah, sesunggunya Engkau lebih mengetahui segala.. senyuman sentiasa terukir di bibir ini.. tapi hati sentiasa menangis..Tabahkanlah hatiku..sesungguhnya ujian dariMu Ya Allah sgt bermakna buatku.. Kadang-kadang indah rase sebak yg teramat sgt..mybe sbb seseorang kot..entah la..nk ckp pun serba salah sbb pe? sbb kita sebagai manusia perlulah sentiasa berhusnuzon..perlu sgt2 bersangke baik!.. Seseorang itu seakan-akan mahu menjauhkan diri..itu luahan hati indah..cube utk tidak berfikir sebegitu..tapi apekan daya, hanye manusia biasa..pasti juga terlintas di hati bende2 yg kdg2 tidak masuk akal pun.. tapi xpela.. Ya Allah, sekiranya selame ni aku jauh dan lupe kepadaMu Ya Allah..dekatkan kembali hatiku dengan Mu Ya Allah..sesungguhnya aku mmg hambaMu yg sgt hina..yg sentiasa alpa dengan dunia semata-mata.. Sekiranya Aku mmg benar2 jatuh cinta Ya Allah, engkau bukakanlah hatiku utk sentiasa mencintaiMu melebihi org yg benar2 aku jatuh cinta..sesungguhnya Engkau tidak pernah berpaling dengan hamba2 Mu.. Inilah Muara Hati Indah yg dpt Indah share ngn korang!
 

Template by BloggerCandy.com