Pages

Elegant Rose - Move

Wednesday, 5 February 2014

Part 1 Dirisik..Tanggal 1 Bulan 2

Assalamualaikum.. Selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w :)


Cantiknyer...cantiknyer!!! cuba ubah sket style kita..lebih baik ucap subhanallah!! subhanallah!! Maha suci Allah yg menjadikan segala yg ada di bumi ini..

Kuala Pontian, Rompin, Pahang.. That picture was taken! cantik, sempurna, indah, woow! Bombastic sangat view die..

Terus fokus pada title, this special entry actually atas permintaan mak sdare aku yg paling sayang, paling comel, paling rapat dgn aku.. jarak umur tak jauh beza sgt beb!


Abaikan yg blue pink tu then trus fokus pada yg blakang i tu.. hehe itu die maksu! rinduu! Nak dijadikan cerita, baru2 ni dia dirisik khabar hehe oleh seorang jejaka yg sangat serius utk jadikan maksu aku ni seorang isteri.. wah wah wah untung! alhamdulillah..

Before this, banyak sgt yg berlaku pada maksu aku ni sebelum dapat jawapan dan anugerah yg paling jelas dari Allah tentang siapa jodoh dia.. Banyak sgt yg dilalui dan dirancang itu dan ini.. but who knows? Perancangan Allah itu adalah lebih hebat dan sebaik2 perancangan!

Perkenalan yg begitu singkat dgn bakal suaminya itu insyaAllah menjadikan maksu aku menerima dengan hati yg terbuka.. Heyy, bukan senang tau nak decide utk hal2 BESAR cam ni tau.. melibatkan hati dan perasaan.. waah gituu!

Tapi kalau dah jodoh, Allah akan mudahkan segala2nya.. So, tanggal 1 bulan 2 rombongan merisik dari pihak lelaki datang! dup dap dup dap..






Sekitar majlis tu... Hehe.. barakallah barakallah! maksu.. semoga terus dapat sambung ke part2 yang seterusnya.. it was very enjoyable moment bila kami sekeluarga dapat kumpul dan sama2 rasa detik2 bahagia maksu i ni..

Apa yang aku boleh cakap jodoh yg Allah dah aturkan tu sangat hebat sehinggakan kita sendiri pun tak tau our life's journey.. So, just terima itu sebagai takdir atau qada dan qadar yg Allah dah tetapkan utk kita kan.. Banyak hikmahnyer beb!


uuuu, tak sangke teman sekatil i teman sebantal teman yg paling rapat dan teman utk kongsi2 cerita serta pendapat ni dah tak lame nak jadi wife orang dah.. yela wife orang, takkan wife.... tu plak..haha insyaAllah.. Moga dipermudahkan segala urusan.. lepass ni memang aku dah kene check out la dari bilik maksu bile tiap kali balik kampung! waa merempat lagi! camne ni? kene kawin kott.. Gulllpppp :/

Lepas majlis tu we were decided utk jalan2 sambil outdoor shoot as our memory..bukannyer selalu tau dapat jumpe in short holiday ni! Lucky je aku ase bile dapat balik kampung ni.. haisshh.. Memang entry ni aku ase nak upload gambar je.. kadang2 gambar menceritakan segalanya kan..


Maaf stalker stalker sekalian sbb gambar ni over cket pose nya! normal la kat pantai kot angin tiup sampai tudung pun cam tak sudi je dgn aku.. nak lagi gambar?



Gembira tak terkata sbb Allah dah cakap setiap apa kepayahan dan kesusahan yg kita alami insyaAllah akan disertakan dengan nikmat yang tak terbilang banyaknya.. Allahurobbi!




Sebenarnya banyak lagi gambar yg diambil tapi rasa cam tak larat nak upload banyak sgt sbb aku bukan blogger famous cam akak patinn.. hehe add by nufnang pun takde apatah lagi follower.. ade berape kerat je.. tapi itu bukan motif sebenar buat blog ni tapi dah jadi cam hobi aku, tiap kali berlakunya peristiwa2 yang memberi makna dan kesan yg sangat mendalam dalam diri ini rase overload sangat perasaan nak berkongsi apa yg aku lalui dgn orang lain..excited! and at the same time, aku nak juga ade org bg nasihat dan pandangan agar diri kita ni sentiasa upgrade sokmo! kan?

Well, setiap apa yg terjadi itu adalah anugerah terindah bagiku.. Tahniah sekali lagi maksu.. Semoga dipermudahkan segalanya ya! nanti jangan lupe pada anak sedara mu ni yang masih bujang dan menagih kasih sayang daripada suami.. ehh gatal pulak!


Jangan sedih maksu dgn apa yang telah terjadi sebelum ini kerana Allah itu Maha Kuasa.. buktinya? sekarang ni maksu bleh tersenyum cam dalam gambar ni sbb nikmat yg Allah kurniakan subhanallah memang awesome! Alhamdulillah.. Keep calm n smile :)

Sekiann,,, tunggu sambungan part 2!

Wednesday, 22 January 2014

~Indahnya persahabatan~

Assalamualaikum.. Selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan utk kali ini menulis dan terus berkongsi bersama cerita suka dan duka..  

Okay, straight to the point, sebelum ni aku mmg ade join usrah.. What? Usrah? okay, usrah itu kalau dalam bhse melayu brmaksud keluarga.. yess! satu keluarga.. and bfore this aku ade mention yg aku akn cuba utk topup ilmu2 yg berkaitan akhirat ni.. well, Alhamdulillah for this year, i would like to be an active person in usrah.. in sha Allah..

So, nak dijadikan cerita baru2 ni my usrah group ade buat satu perubahan besar dlm merancang aktiviti2 yg sesuai.. our "nuqabah" atau ketua utk usrah kami plan utk lantik seorang ketua dan penolong bg setiap bulan.. this planning dibuat sbb last year our usrah tak la aktif sangat dan masing2 sibuk xleh bg komitmen termasuk aku..hihi..besela bile encik assignment datang, kelam kabut aku baq hang!! tak leh managed dgn baik.. :P

Utk this month, aku serta merta dilantik penolong dan suaidah yg comel kiut miut funny comel kiut miut sbg ketua..ehh terulang.. dah tu je idea aku sekarang..haha..and we discuss utk buat usrah ni dekat taman tengku anis!! kat mana? Taman tengku anis..kat mana? nah,, ambik la gmbr ni tengok..asyik tanyer soklan same je kan..


Dah dapat gambaran kat mane?? haha..hopefully gambar ni membantu anda utk buat google search kat mane kan.. well ini kami Raudhatul Jannah.. 7 orang ahli dan dua orang nuqabah yg sangat comey :)

Alhamdulillah aktiviti usrah kami pada kali ini sangat memberi satu semangat, hidayah, ilmu dan yang paling penting pertemuan kami pada kali ini mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain..ukhuwah yg terjalin, subhanallah memang terlalu indah sangat sehingga sukar digambarkan dengan kata2..

Sebelum ni memang aku akui yg aku ni memang tak berapa rapat dgn dorang ni..seriuslyy!! tapi dengan hadirnya group usrah Raudhatul Jannah ini yg bermaksud taman-taman syurga memberi satu pengalaman yg baru yg mana membuatkan aku rase di dunia ini Allah hadirkan manusia yg berbagai2 jenis attitude!! Ada yg macam ni, macam tu, macam ni..nak ulang lagi bleh? 

Dan sebelum ni jugak aku susah nk terima hakikat yg manusia ni ade mcm2 pesengg!! peseng maksudnya perangai..lame weeh dok cakak tganu..test22!!.. 


Well, biar gambar berbicara..haa, tengok dari pic ni pun kita dah dapat satu gambaran yg jelas bahawa manusia ni macam2 perangai kan.. ade yg buat love, ade yg pegang dagu, ada yg malu2 mcm aku!!

Tapi kat sini, aku paham walaupun kami definitely berbeza, but yang penting ikatan persahabatan atau ukhuwah yg terjalin itu memberi satu istilah kepada kami bahawa kita ni manusia same je wehh!! Takde beza okayyy..


Ehh, dengan kuda pun same ke?? haha well, biar gambar yg berbicara..

Aku suka mendengar kata2 ni, sampaikanlah kepadaku walaupun satu ayat.. yess!! kalau nak tunggu orang tu betul2 alim n beragama menyampaikan dakwah kepada kita, alamaknyerr sampai kiamat pun takde kan.. so, share jelah apa yang kita ketahui and at the same time kita sentiasa topup ilmu pengetahuan kita khususnya ilmu akhirat..yaa, itu baru la powerr!!

Apa yg penting, pengisian yg kami terima dalam usrah pada kali ni sgt bermanfaat.. very important as muslims.. apa itu akidah, apa itu tauhid dan apa itu kalimah syahadah.. one of the member usrah said these 3 scope boleh dianalogikan sebagai nasi, lauk-pauk dan adanya dessert.. subhanallah, aiwah sahabat!!


Haa, inila dia sahabat kita.. Ekafauziawati yg still single n not really available.. hehe terima kasih atas perkongsian yg sangat memberi makna yg jelas.. tanpa akidah iaitu pegangan, tanpa tauhid Allah dan tanpa kalimah syahadah, siapalah kita di mata Allah..


Bila hadirnya sebuah persahabatan kerana Allah yang satu, maka in sha Allah ukhuwah itu akan sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah..


Bersama kita perjuangkan ilmu Allah dan sama2 kita membimbing diri ke arah yang lebih baik kan.. sebenarnya tak suka sangat gambar mcm ni sbb nampak sangat muka aku besar!! haha.. tapi takpela, besar tu maknenyer memang cukup makan sangatlah kan..


Kadang2 menjadi yang biasa itu lebih indah daripada menjadi yg luar biasa.. kerana apa? kerana yg biasa itu adalah lahirnya rasa tawaduk di bumi Allah ini.. aku suka menjadi yang biasa dan se'simple' mungkin sbb aku pasti semua hamba Allah ini sama sahaja kekal menjadi hamba yg menumpang di bumi ini..so, buat cara tumpang kalau dah sedar menumpang je.. tak gitu??

Sekian sahaja dari saya, hamba yg kerdil sentiasa mengharapkan pertolongan dan hidayah dari Allah yg Agung.. Indahnya persahabatan jika kerana Allah yang satu!!

 Salam sayang semua.. :)


Thursday, 16 January 2014

Kisah Hidup Syahindah

Assalamualaikum semua :)

Allah Maha Besar Maha Penyayang masih lagi memberi kesempatan utk hambaNya ini bernafas menghirup udara yang segar..Alhamdulillah.. Lama rasanya tidak bersua kan..hehhh lupe yg diri ini ade blog la utk dikongsi bersamee!! sibuk,, ahh itu alasan klise..

Sekali lagi Allah masih memberi kesempatan kepada kita utk meneruskan kehidupan ini sehinggalah sekarang tahun 2014 menjelma.. Rasenyer belum terlambat kan utk aku mengucapkan selamat tahun baru!! #common wishes.. Memang selalu lambat indah oiii..haha

Banyak sangat memori2 yg tercipta sepanjang tahun 2013.. Terlalu banyak!! Banyak sampai aku sendiri tak berkesempatan nak tulis satu2 apa yg telah berlaku.. sibuk tu yela kan, alasan lain malas!! ehh x same ehh..

Yang paling penting, memori yg tercipta itu banyak memberi diri ini pengajaran dan hikmah yang Allah sahaja yg tahu.. Allahurobbi!! Tidak tergambar dan tidak terhitung betapa hebatnya kuasaMu Allah.. Tahun 2013 banyak membuat aku tersenyum, ketawa, gembira, mengeluarkan air mata, depressed dan yg paling obvious, syahindah yg sekarang bnyk beza dgn syahindah yg dulu.. Apa bezanya?? 

Mesti ramai yg cakap bezanya aku gemuk?? ehhh, cam cakap pd diri sendiri je kan.. well, its better heard from ourselves than heard it from others!! Takdela, 2013 memberi perubahan mendadak kepada diriku iaitu indah sekarang menjadi lebih pendiam..yess,, i admit it !!

Pendiam, diam dan terus diam seribu bahasa.. hanya yg perlu sahaja boleh dibicarakan.. kenapa?? mereka yg kenal aku sebelum ini pasti tidak terus melabel diriku sebegitu.. they know me!! It was because, banyak bende yg telah terjadi pada diri ini yg memberi pengajaran yg sangat jelas bahawa tidak semua bende yg kita suka kita akan dapat milikinya dan kadangkala mulut yg banyak meluahkan kata-kata boleh makan diri sendiri.. Yesss!! pengajaran tu indah..

Diam bukan bermaksud memang itu sifatku, tetapi diam kerana takut kata-kata yg keluar dari mulutku ini boleh mengguris org di sekelilingku.. kadangkala menjadi pendiam itu adalah jauh lebih baik daripada menjadi seorang yg sangat periang.. kerana aku masih ingat this quote " semakin banyak kita meluahkan kata-kata semakin jelas kelihatan kelemahan diri kita"

2013 juga mengajar aku tidak semestinya apa yg kita sayang akan selama-lamanya menjadi milik kita.. Ya, kita tidak tahu apa perancangan Allah, tetapi diri yg hina ini terus merancang dan merancang tanpa menyedari kuasa Dia lebih hebat.. Allahurobbi!! 

Masih ingat lagi bait2 ini, Jika tiada rezeki jodoh utk kita, mungkin rezeki umur ibu bapa kita panjang dan kita boleh berbakti pada mereka.. Siapa tahu perancangan Allah? siapa? kita ni hamba yg sangat kerdil je.. tak mampu nak buat apa2 pun.. hidup kat atas dunia ni pun menumpang je..

Selain itu,... wahhh guna penanda wacana jugakk!! Tahun lepas juga memberi aku hikmah dan pengajaran yg mana aku kehilangan seorang mutiara yg sangat berharga sebelum ini.. itulah, kalau sesuatu perhubungan atau silaturrahim tidak kerana Allah yg Maha Agung.. maka itulah yg terjadi... Maka sentiasalah letakkan Allah yg pertama dalam apa jua perkara.. niat keranaNya.. In sha Allah akan berjalan dgn lancar.. persahabatan yg berlandaskan suka semata-mata tidak akan ke mana selain ada Allah di hati kita dan keihklasan jiwa :) Tidak mengapa hilang sebutir permata kerana akan hadir lagi permata-permata yg lain yg kemudiannya memberi kita pengajaran yg sangat berharga dariNya.. Moga dia sentiasa bahagia dengan caranya..


Syahindah terus diuji lagi pada hujung tahun 2013 iaitu diuji dengan kesakitan ibu yg amat disayangi.. Allahurobbi, Dia sahaja yg Maha Mengetahui perasaan ku ketika itu.. Ibu tiba2 sesak nafas while she was driving and at the end of this year, she was suspect by the doctor that she have heart disease.. Allah, Allah, Allah.. Hebat dugaanMu ya Allah.. Di saat wajah ini mula mengukir senyuman, Allah menguji hambaNya utk lihat kekuatan hambaNya hadapi ujian yg sangat hebat..

Alhamdulillah, she's getting better and better.. Jaga pemakanan yer, ma :) Kadang-kadang ujian-ujian ini memberi kekuatan yg sangat luar biasa pada diri ini kan.. org ckp air mata itu tandanya kita lemah, tetapi bg aku air mata itu adalah tanda kita sudah cukup kuat hadapi pelbagai ujian dalam hidup sehingga air mata mula mengalir.. Allah hadirkan air mata utk diluahkan ketika kita sedih.. Allah! kalau boleh, sekarang tiap minggu akan aku balik if ade mase lapang utk terus berbakti kepada keluarga.. Homesick pun dah makin melampau sangat..!

Biarlah mulut-mulut org ini terus mengata asalkan diri kita tahu dimana kedudukan diri kita yg sebenarnya pada pandangan Allah Maha Kuasa..Kadang-kadang aku merenung balik mana silapku sebelum ini sehingga Allah hendak menghapus dosa-dosa lampau kita dengan kesakitan-kesakitan yg diberikan kpd org2 yg kita sayang khususnya ayah dan ibu ku.. Moga mereka cepat sembuh.. Agar ayah dapat terus berbakti dan menyumbangkan ilmu kepada student serta complete his PHD (Dr Marzuki) dan ibu terus ceria bersama anak-anak muridnya.. aku tahu ayah dan ibu kuat!!



Ingatlah wahai manusia, kamu tidak akan diuji diluar kemampuanmu kerana Allah Maha Mengetahui.. Teruslah berdoa kepadaNya kerana Dia Maha Pemurah.. akan sentiasa mengabulkan doa-doa hambaNya.. 

Dan kini, 2014 adalah nafas baru yg perlu aku jalani dengan penuh tawaduk dan sentiasa menyedari siapa kita di mata Allah.. Tidak perlu menjadi sebagaimana yg dipinta oleh manusia, tetapi jadilah sebagaimana Allah mahu di dunia dan akhirat.. 

Azam?? haha setiap tahun aku memang takde azam yg tetap.. so,, apa yg terlintas itulah yg akan cuba dicapai tahun ini.. In sha Allah diri ini akan terus berusaha utk menambah ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama iaitu ilmu akhirat yg kekal selama-lamanya.. Semakin kita banyak belajar, semakin kita sedar yg diri kita ini sangat cetek dgn ilmu-ilmu agama.. Allahurobbi!! 

Diri ini juga akan terus berbakti kepada keluarga.. sebelum ini mungkin aku banyak mengabaikan keluarga, but not this time.. Keluarga adalah segala-galanya.. Air yg dicincang tidak akan putus.. kasih ayah kekal sejati, kasih ibu tiada bandingannya..


Terus kekal menjadi sebagaimana fitrah diri ini.. Syahindah adalah bukan insan yg istimewa, malah banyak kekurangannya.. hanya menumpang di bumi Allah ini mencari kekuatan diri.. Hanya Allah kekasih sejati..
Terima kasih semua :)

Tuesday, 22 October 2013

I Love The Simple Way Of Life :)

Assalamualaikum..

Aduii bile duk umah lame2 ni, rajin pulak aku duk mengupdate blog kann.. neway, banyak sgt crite nak share kat cni about my holiday..ehhh dah holiday ke? Haha.. 

Cerita pe? cerita pe? sabar2.. huhu cam la ramai sangat yg duk meniarap bace blog aku nih kan.. SS pulakk.. Baru2 ni aku berpeluang dapat rase camne life routine as housewife..what???////pppssttt?? Housewife?? ehh x pyah over nak buat muke terkejut cam tu..

On that day, my mom said " hah, along.. ma pegi keje ngn abah hari ni.. ma ade tinggal kete kat umah..along bwak adik nanti pegi klinik sbb die ade appoinment utk ambik darah hari ni. Jangan lupa okayy" Dengan mata yang masih mamai, yela baru pukul 7 pagi kot hujan plak tu..heyyy ape lagi?? Aku pun jawab "ha...ha.. yela..nanti along bawak adik"

Garu2 mata, tengok jam dah pkul 7.30 haa, amekaw!! my mom cakap kalau pergi lewat pukul 12 tghari tak dapat balik lg dari klinik tu.. ehh jap klinik kerajaan..that's why la they have bad management in making appoinment with the patient.. Okayy paham..

Aku pun dengan rasminya jadi driver terhormat on that day..adik aku plak tergedik-gedik duk sebelah aku duduk like a boss! okayy, nak pergi mana tuan? 



Haa, nampak tak tu? Jangan tak yakin dengan kebolehan aku tau..aku mampu. 

The modern housewife memang akan jadi driver.. yela nak hantar anak pergi sekolah, pegi beli barang dapur.. haa, kan betul cakap ma aku perempuan skrg kene ade skill memandu.. because of what? haa, sebabnyer cam kes makcik pakai tudung merah kat atas tu la..

Aku ingatkan sekejap je duk bertenggek kat klinik tu..mak aiii, ramai bebenor warga emas di situ.. lame betul...memang lame..tiba2 plak aku rase kenapa aku di sini?? tengok kanan, ade makcik tu nak check her diabetes, tengok kiri plak ade pakcik tu cakap kat aku "Ni haa, pakcik tunggu dh lame..tak naik2 pun nombor pakcik..dah la pakcik ni dah tue, sakit..tunggu sini makin sakit adela.. bukan klinik kesihatan, klinik kesakitan adelaa!" Pakcik tu yg cakap, bukan aku..(Boleh tahan jugak hujah die)

Okayy, sabarlah aku ni..nasib baik mood okay je hari tu walaupun pagi tu langsung aku tak makan lagi.. adik aku cakap pergi klinik kejap je, tak payah makan lagi..lepas selesai baru makan.. Okayy, seriously aku menyesal dengar cakap die.. huhh, die takpela kene puasa sbb utk ambil darah.. (nampak tak permainan die kat citu) Tadaa 8019 haaa, naik pun nombor tu..adik aku pun terkedek2 pergi masuk bilik doktor..

Selesai semua dah dekat pukul 1.. sabar sangat cik syahindah hari tu..dari pukul 8 sampai pukul 1.. gud job! kan jadi housewife..relaxla, baru sikit kot..


Muka bersyukur sangat sbb akhirnya aku breakfast pukul 1

Dugaan lagi bile kene tunggu makcik kedai tu goreng ayam pulakkk.. sabar lagi..kalaulah puasa, dah dekat separuh hari tu.. Adik aku pun bersuara tengah aku duk breakfast tu, "kak, jom pergi shopping pas ni, takde pape jugak nak buat kat rumah". 


Haa, nampak tak die yg excited nak beli baju..ikut jela

Murah, murah.. tapi sayang my allowance ciput sangat dahh.. tak mampu

Tiba2 lepas habis shopping, beli barang dapur cket utk lunch, aku pun tengok jam awal lagi.. plan nak terus ambik my mom balik mengajar pukul 3.. so, ape lagi terus memecut pergi lepak, photoshoot cket kat masjid kristal.. haa, takde keje, cari keje.. housewife modern!


Muslimah yang menanti kehadiran seorang suami.. eh eh.. 


Cinta seorang suami dan isteri harap terikat di sini.. cewaahh..

Haha.. ape2 pun i love the simple way of life that i've through.. banyak bende yg aku pelajari walaupun hanya sehari aku cuba utk jadi seorang housewife laa sangat.. macam gaye bibik moden je.. memang best when you have the moment with ur beloved person.. its all about be ourselves right?

Hopefully, umur aku masih lagi panjang utk aku terokai segala yg best atas muka bumi ni n at the same time aku dapat berkhidmat pada parents aku.. nothing special in my life.. but the simple way of my life make me proud to be who i am.. that's all :)

Salam rindu...





Saturday, 19 October 2013

Ada apa pada CINTA?

Salam alaik... :)

Sudah lame sgt rasenyer tidak bersua pena dlm blog ni..huuhh, bahasa sastera ape yg aku duk melalut ni.. well, lame sangat..memang lame..rindunya nak meng'update' Encik Blog ni..

Besela asal malam je, hati ni barula terdetik nak meluahkan apa yg dirasa.. jari mula nak menari2 ala kuda kepang tengah malam buta cmni.. haha neway tiba2 je rase kosong la plak hati kecil ni..rase macam ade something yg hilang, yg semakin menjauh dan dah lame rasenyer xde orang ketuk.. Mengada!

Cinta itu subjektif.. terlalu luas skopnya..setiap orang bila sebut cinta, lain opinionnya.. ade yg sebut cinta ni adalah segala2nya, someone said cinta itu teman sejati, ada juga yg berbisik merdu ckp cinta ni begitu indah tidak mampu diucap dengan kata kata..amboiii..mesti tengah dilamun cinta..lautan api sanggup ku redahi..puiiii,,, dunia semata-mata..haha

Bagi aku, cinta ni susah laa nak explain camne.. sudah semestinya cinta sejati bagi setiap insan adalah cinta dari Ilahi.. itu sudah pasti.. tapi tidak dapat nafikan juga cinta sesama manusia juga adalah satu fitrah yg sememangnya sgt diperlukan.. ya, memang perlu!


Alolo sweeetnyer baq hang!

Tapi setakat mana perlunya? adakah berlandaskan perasaan dan nafsu semata-mata? I Love u, you love me.. I sayang u, I rela mati dengan uuuu..wah, wah, wah..enaknya bermadah.. itula namenyer cinta anak monyet..haha

Dulu ya, aku akui bagi aku cinta macam tu la..i love u, u love me... i admit that itula cinta bagi aku..namun, buta manusia tidak selama2nya buta..ehh! Alhamdulillah... dengan segala kuasaNya Dia yang Maha Berkuasa akhirnya memberi petunjuk yg sememangnya jelas untuk aku tentang Cinta.. Cinta yg sejati sememangnya dari Allah yang Maha Penyayang.. Cinta yg halal sesama manusia hanyalah melalui satu akad yang sememangnya halal dan amat suci, amat indah.. itulah perkahwinan.. status dia sebagai suami, dan aku sebagai isteri adalah satu status yg sangat mendapat keredhaan dariNya.. ya Allah betapa mahunya aku akan akad itu!


Seriously sweettt ^_^



Kecewa berkali2, menangis habis air mata hanyalah sekadar satu pembaziran yang nyata.. Perkahwinan adalah satu ikatan yang amat suci.. Itulah cinta :) Sesungguhnya orang2 yang baik akan diberikan jodoh yang baik.. moga aku juga tergolong dalam golongan itu.. amin..

Moga impian untuk memiliki encik suami yang halal dan dapat menjadi khalifah di dunia dan akhirat dapat termakbul.. Amin.. Cinta yang sebenar adalah cinta yang mampu membawa aku ke Syurga.. in sha Allah..

Sekian,, salam rindu :)

 

Template by BloggerCandy.com